Home News Duit RM7.4 Juta Keluar Sendiri Tanpa Dikesan, sekali Lelaki Jadi Jutawan Selepas...

Duit RM7.4 Juta Keluar Sendiri Tanpa Dikesan, sekali Lelaki Jadi Jutawan Selepas Mesin ATM Rosak

0

Lelaki jadi jutawan selepas mesin ATM rosak, duit keluar sendiri RM7.4 juta tanpa dikesan pihak bank. Seorang lelaki berjaya mengeluarkan wang tunai sebanyak AS$1.6 juta (RM7.4 juta) dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa pihak bank menyedari perkara tersebut.

Menurut Utusan Malaysia, Dan Saunders yang tinggal di Wangaratta, sebuah bandar di Melbourne berkata, dia berjaya melakukan perkara itu akibat ‘kelemahan sistem’ perbankan.

20rn 1514512134

Baca lagi: Pelanggan Terkejut Jumpa Kaki Tikus Dalam Sup

Baca lagi: Sebab Nama Dalam IC Ada Bin, Binti dan BTE, Rupanya Ramai Tak Tahu Maksud Sebenar

Kejadian bermula ketika dia hendak memeriksa baki akaun miliknya dan tertera mesej di ATM yang memaklumkan ‘baki maklumat tidak tersedia’.

Saunders kemudian memindahkan 200 dolar Australia (RM596) dari kad kredit ke akaun simpanannya.

Namun, maklumat di skrin ATM menyatakan ‘pemindahan tidak berjaya’ dilakukan.

cajero7

Lelaki itu tidak berputus asa dan tetap berusaha mengeluarkan wangnya dari akaun tersebut.

Tiba-tiba, dia berjaya mengeluarkan wangnya sendiri dari mesin ATM tersebut sedangkan transaksi sebelum itu gagal.

Menyedari seperti perkara pelik berlaku, dia akan cuba mengeluarkan wang di mesin ATM tersebut selepas melakukan pemindahan wang dari kad kredit pada hari lain.

Katanya, transaksi itu hanya berlaku pada waktu awal pagi sahaja.

“Sejak itu, saya sedar ‘kesilapan sistem’ berlaku antara pukul 1 hingga 3 pagi semasa mesin ATM offline dan terputus daripada rangkaian bank,” katanya.

‘Kelemahan sistem’ itu mengubah hidup Saunders menjadi jutawan dalam sekelip mata dan menyebabkan dia ketagih mengeluarkan wang dari mesin ATM.

Customer using ATM
Lelaki itu hidup mewah selama beberapa bulan seperti menganjurkan parti mewah, menyewa jet peribadi serta membantu rakannya melunaskan yuran pengajian ke luar negara.

Namun, perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya kerana kehidupan sebagai ‘lelaki kaya’ menyebabkan hidupnya tidak tenang.

“Jika selama ini, anda adalah orang yang baik dan tiba-tiba melakukan perkara buruk, tubuh badan anda sendiri akan menolak secara semulajadi,” katanya.

Saunders akhirnya mendedahkan perkara itu kepada pihak bank dan menghubungi pihak media untuk menceritakan kisahnya.

Selepas menjalani perbicaraan, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama setahun serta 18 bulan kerja sosial.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.