Seorang pesara warga emas kerugian sebanyak RM80,000 selepas sindiket penipuan yang menyamar sebagai syarikat kurier penghantaran barang memperdaya mangsa bahawa beliau telah mengahantar barangan tertentu pada Mac yang lalu di Muar, Johor.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar iaitu Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengatakan mangsa menerima panggilan daripada individu memaklumkan terdapat bungkusan yang dikirim pengadu kepada seseorang yang tidak dikenali.
“Sindiket terbabit memperkenalkan diri daripada syarikat kurier penghantaran barangan dan memaklumkan bungkusan tersebut mengandungi kad pengenalan serta pasport, namun mangsa berusia 61 tahun itu menafikannya”
“Panggilan itu kemudian disambung kepada beberapa ‘pegawai polis’ dan mengarahkan pengadu supaya mengeluarkan semua wang simpannya”
“Mangsa kemudian melakukan beberapa transaksi sejak 27 Mac hingga 22 Mei dengan jumlah keseluruhan RM80,000”
Mangsa mula sedari ditipu selepas cuba menghubungi ‘pegawai polis’ berkenaan semula untuk menyemak status siasatan seperti didakwa, namun panggilan tersebut tidak dijawab.
Raiz Mukhliz mengatakan pengadu berasa curiga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada 22 Mei untuk tindakan lanjut.
“Walaupun pelbagai usaha kempen dijalankan terutama di daerah ini, namun masih ada individu masih percaya dan melayan sindiket seperti ini”
“Pihak polis menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dan jangan melayan mana-mana panggilan yang tidak dikenali. Tak kenal, jangan layan”
Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan penggilan yang anda tidak kenali serta ambil langkah berhati-hati atau buat laporan polis jika ada perkara yang aneh dengan panggilan tersebut.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Kosmo