Home News Duit Tersalah Transfer Ke Akaun Lain, Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Semula...

Duit Tersalah Transfer Ke Akaun Lain, Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Semula Duit Anda

0

Jika tersilap transfer duit, zaman sekarang transaksi wang boleh dibuat dengan mudah tapi disebabkan nak cepat ini jugalah kita selalu buat kesilapan.

Kalau sikit tak menagapa tapi kalau banyak hingga cecah ratus atau ribuan ringgit rugilah. So macam mana nak dapatkan balik duit yang kita silap tranfer ni?

Duit transfer duit baru tersedar nombor akaun yang tulis salah. Kita dah silap transfer duit pada orang yang bukan sepatutnya.

Baca lagi:

Baca lagi:

Lihat juga video dibawah:

Boleh guna cara seperti dibawah ini:

WhatsApp Image 2023 08 25 at 2.44.02 PM

1. Pertama sekali sebaik sedar kita dah tersilap buat pemindahan wang kepada akaun bank yang salah, segera buat laporan polis. Sila tuliskan detail nombor akaun bank yang silap, jumlah wang yang dipindahkan, bila dan dimana transaksi dibuat. Ini antara yang perlu ditulis, lengkapkan maklumat lain yang diperlukan, jangan tinggal satu pun.

2. Apabila anda sudah membuat laporan polis dan salinan sudah ada di tangan, pergi ke cawangan bank yang anda gunakan untuk membuat transaksi.

Terangkan kepada staf bank situasi anda dan minta bantuan mereka untuk mendapatkan kembali wang anda.

3. Apabila pihak bank sudah menghubungi pemilik akaun tersebut kita perlu menunggu persetujuan beliau. Di sini ada dua kemungkinan sama ada pemilik akaun setuju untuk memulangkan wang ataupun tidak.

Memandang kesilapan pemindahan wang itu dibuat oleh anda dan transaksi itu berjaya, pihak bank tidak boleh sewenang-sewenangnya memasukkan duit itu kembali ke dalam akaun bank anda tanpa persetujuan pemilik akaun tersebut.

Sekiranya pemilik akaun tadi bersetuju beliau perlu pergi cawangan bank yang digunakan ketika transaksi diterima dan mengisi borang khas. Borang tersebut mungkin berbeza antara bank tapi sesudah ia diproses anda akan dapat kembali wang anda.

4. Bagaimana jika pemilik akaun enggan memulangkan wang?

Ia dilakukan melalui mahkamah majistret dan hanya boleh dibuat apabila jumlah tuntutan tidak melebihi RM5 ribu. Pihak yang melalui prosedur tuntutan ini tidak perlu menggunakan peguam namun jika mahu menggunakan peguam dari luar mahkamah perkara tersebut dibolehkan.

Pilihan yang ada adalah dengan membawa perkara ini ke mahkamah. Sekiranya jumlah wang yang dipindahkan ke akaun yang salah itu di bawah RM5 ribu anda perlu mengisi borang tuntutan melalui Small Claim Procedure/ Prosedur Tuntutan Kecil.

Jika Tersilap Transfer Duit

Untuk tujuan ini anda hanya perlu mengisi borang tuntutan yang boleh diperolehi dari mahkamah majistret.

Namun begitu jika jumlah wang yang silap dipindahkan itu melebihi RM5 ribu, anda tiada cara lain selain menggunakan khidmat peguam dalam usaha mendapatkan kembali wang anda.

Prosedur ini memang bukan mudah berbanding anda memeriksa akaun berkali-kali sebelum membuat pemindahan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Info Rakyat