Pelakon terkenal Korea seperti Song Hye Kyo, Suzy, Kang So Ra, dan ramai lagi, berjaya mendapat perhatian besar daripada orang ramai untuk visual mereka selepas penurunan berat badan.
Kang Sora
Imej lama Kang Sora telah mendapat reaksi negatif daripada orang ramai. Ada yang menggelarnya “hodoh” dan “sederhana “.
Walau bagaimanapun, selepas berjaya menurunkan berat badannya, Kang Sora telah menjadi orang yang berbeza.
Kakinya yang panjang dan kecil itu mudah menarik perhatian netizen. Kang Sora merupakan bekas kekasih Hyun Bin, dan telah dikatakan sebagai selebriti dengan transformasi paling cemerlang.
Song Hye Kyo
Apabila dia mula-mula debut, Song Hye Kyo dipuji kerana memiliki wajah yang cantik, tetapi tidak pada tubuh badannya. Pada masa itu, aktres itu dikatakan kelihatan “chubby”.
Namun, lama kelamaan, Song Hye Kyo telah menjadi dewi visual dengan tubuh yang tiada tandingan.
Suzy
Sebelum Suzy menjadi “cinta pertama negara (Korea)”, pelakon pujaan itu menerima banyak komen pedas untuk susuk tubuh badannya
Selepas berjaya menurunkan berat badan, tiada siapa di Korea berani mengulas buruk tentang penampilan Suzy.
Seo In Guk
Penyanyi-pelakon Seo In Guk pernah mengikuti uji bakat untuk banyak syarikat hiburan, tetapi ditolak kerana “kekurangan visualnya”.
Dia kemudian memutuskan untuk mengurangkan berat badannya dan mencuba lagi. Dia kemudian telah memenangi pertandingan muzik “Superstar K1”. Daripada seorang yang comel, Seo In Guk kini telah menjadi pujaan para wanita.
Kim Rae Won
Untuk mempersiapkan penampilannya dalam sebuah filem aksi, Kim Rae Won terpaksa menambah berat badan lebih 15 kg. Oleh sebab itu, netizen Korea telah ‘downgrade’ visual Kim Rae Won.
Walau bagaimanapun, pelakon itu kemudian telah memperoleh kembali tubuh badan yang sihat melalui senaman, latihan dan juga diet.
Baca lagi: “Cafe Minamdang” Bukan Sekadar Cafe Biasa. Ini Sebab Kenapa Anda Harus Tonton Drama Bersiri Ini.