Home Entertainment Dunia Hollywood, 7 Artis Ini Pernah Jadi Penyondol

Dunia Hollywood, 7 Artis Ini Pernah Jadi Penyondol

0

Berita tentang artis yang dicurangi kadang kala memang membuatkan kita sukar untuk menghadam kisah tersebut. Contohnya seperti Shakira yang dicurangi oleh pemain bola yang berasal dari Sepanyol, Gerard Pique.

Lebih menghairankan kerana ada juga artis-artis nama besar dari Hollywood yang mempunyai karier cemerlang dan cantik turut memilih untuk menjadi seorang penyondol (perempuan perampas) dan merebut pasangan orang lain.

Siapakah mereka artis-artis Hollywood tersebut?

1. Priyanka Chopra

5cff9061 c831 4e24 84e0 f49497561badSebelum menjadi bintang terkenal di Hollywood, Priyanka Chopra Jonas pernah digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan pelakon paling ternama India, iaitu Shahrukh Khan sewaktu mereka berlakon dalam filem “Don”. Walaupun mereka selalu mengelak dan mengatakan bahawa mereka hanya kawan, tetapi muncul banyak gosip dan khabar angin tentang Shahrukh Khan curang kerana mereka berdua sering kelihatan bersama. Padahal pada waktu itu Shahrukh Khan sudah berkahwin dengan Gauri Khan.


Baca juga: 6 Filem Seram Hollywood, Remake Dari Jepun

2. Natalie Portman

353f7cdb 6318 4383 8b91 31e3d71ac6b1Pelakon Hollywood terkenal, Natalie Portman bertemu dengan suaminya, Benjamin Millepied pada tahun 2009. Waktu itu penggambaran filem “Black Swan”, filem yang berjaya mengangka Natalie Portman memenangi anugerah Oscar. Benjamin merupakan seorang penari balet yang berasal dari Perancis dan juga merupakan pereka tari untuk filem “Black Swan”.

Mereka mula bercinta dan setahun kemudian mengumumkan kehamilan Natalie Portman dan pertunangan mereka. Namun, Benjamin Millepied ternyata sudah mempunyai seorang kekasih istimewa yang bernama Isabella Boylston pula waktu itu baru bertemu dengan Natalie Portman. Mereka juga dikhabarkan sudah membicarakan tentang perkahwinan. Natalie Portman sendiri memilih untuk tidak membicarakan perkara tersebut

 

3. Angelina Jolie

87d3f360 a214 412d a2f9 fadcc156e5f7

Angelina Jolie dan Brad Pitt merupakan pasangan ikonik Hollywood yang dipasangkan melalui filem “Mr & Mrs. Smith” pada tahun 2005. Brad Pitt waktu itu masih bergelar suami kepada pelakon jelita, Jennifer Aniston. Namun, khabar berita kecurangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah didedahkan oleh paparazzi sewaktu mereka sedang bersama di Afrika dan gambar-gambar mereka telah menggemparkan orang ramai.

 

4. Kristen Stewart

d36cad32 2037 4c72 a8fb 311d6e086620

Sebelum menjadi Lesbian, Kristen Stewart pernah menjalin hubungan dengan Rupert Sanders yang merupakan pengarah filem Hollywood “Snow White and The Huntsman” pada tahun 2012. Rupert Sanders sudah berkahwin dan mempunyai anak dengan model bernama Liberty Ross sedangkan ketika itu Kristen Stewart dikhabarkan masih bercinta dengan pasangannya dalam siri filem “Twilight” iaitu Robert Pattinson. Rupert dan Liberty bercerai pada tahun 2013.

 


5. Lily James

d533195c b2c0 45e6 80ec c95926bba4e7Lily James tertangkap mempunyai hubungan dengan rakannya dalam filem “The Pursuit Of Love”, Dominic West. Lily James dan Dominic West tertangkap oleh paparazzi sewaktu sedang bermesraan di Rome padahal Dominic sudah mempunyai isteri yang bernama Catherine Fitzgerald dan mempunyai 4 orang anak.

Dominic dan Catherine kemudian kelihatan sedang berciuman dan menulis surat yang mengandungi tulisan “Perkahwinan kami kuat dan kami waktu ini masih bersama”. Nampaknya Catherine memaafkan Dominic dan melarang pelakon tersebut untuk berhubungan lagi dengan Lily James.


Baca juga: 9 Filem Zombie Bukan Hollywood Yang Boleh Ditonton Di Netflix


6. Amber Heard

48951713 e322 401e 86fb 4289da2eec1f 1Sebelum bersama dengan Amber Heard, Johnny Depp sudah menjalin hubungan asmara dengan pelakon wanita, Vanessa Paradis. Johnny dan Vanessa mempunyai 2 orang anak, salah seorang dari mereka adalah Lily Rose Depp yang juga berkecimpung dalam dunia lakonan.

Amber dan Johnny bertemu melalui filem “The Rum Diary”, Johnny mengaku tidak boleh berhenti memikirkan Amber dan jatuh cinta pada Amber Heard. Johnny meninggalkan Vanessa dan berkahwin dengan Amber Heard. Sayangnya perkahwinan Johnny dan Amber juga tidak berjalan dengan baik.

 

7. Ariana Grande

Hollywood Ariana Grande juga dikhabarkan berpisah dengan Dalton Gomez tetapi tak lama selepas itu Ariana dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon yang berlakon bersamanya, Ethan Slater, dalam filem yang akan ditayangkan nanti pada tahun 2024 iaitu “The Wicked”. Ethan memfailkan penceraian terhadap kepada Lilly Jay, padahal perkahwinan mereka sudah berlangsung selama 10 tahun.

Berkaitan dengan gosip kecurangan tersebut, ada juga yang mengatakan bahawa Ariana dan Ethan baru mula menjalin hubungan selepas mereka berdua berpisah dengan pasangan mereka masing-masing. Berita lama tentang rapper Big Sean yang curang dengan Ariana pun menjadi bualan kembali.

Mendiang Naya Rivera yang merupakan pelakon siri “Glee” dan juga adalah kekasih Big Sean waktu itu mengaku bertemu Ariana di rumah Big Sean tetapi Big Sean kemudian membatalkan pertunangan mereka, tidak lama kemudian Big Sean dan Ariana bercinta.

Ternyata ramai juga artis dari Hollywood yang pernah menjadi perempuan perampas, perkara tersebut pasti membuatkan para peminat terkejut kerana sepatutnya mereka boleh mencari pasangan dengan jalan yang lebih baik dan bukannya merebut pasangan orang lain.

Baca lagi: 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun Yang Boleh Ditonton di Viu, Selain My Lovely Liar
Baca juga: 5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton