Home Cdrama Dylan Kuo Bawa Watak Pahlawan Perang dalam C-Drama Baru “The Substitute Princess’s...

Dylan Kuo Bawa Watak Pahlawan Perang dalam C-Drama Baru “The Substitute Princess’s Love

0

The Substitute Princess’s Love merupakan drama Cina baru yang ditayangkan pada tahun 2024 ini. Drama Cina ini menampilkan Dylan Kuo sebagai pelakon utama lelaki.

Dylan Kuo adalah merupakan pelakon lelaki dari negara Cina yang memang selalu kemunculannya dinantikan oleh para peminat setia. Pada tahun 2023 lepas, pelakon kacak ini tampil dalam drama Cina popular, Beneath the Headlines.

The Substitute Princess’s Love mengisahkan tentang kehidupan wanita yang terpaksa menjadi pengantin pengganti. Wanita itu hidup menderita kerana keluarganya sendiri dan masa depannya dipertaruhkan dengan perkahwinan paksa tersebut.

Sebelum anda menonton drama Cina ini, mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang watak yang dibawa oleh Dylan Kuo dalam C-Drama The Substitute Princess’s Love di bawah ini.

 

Dylan kuo
1. Dalam drama The Substitute Princess’s Love, Dylan Kuo tampil sebagai pelakon utama lelaki yang membawa watak sebagai Wen Ye

 

 

 

9f5a1df7 6bc3 4fbf bf6a a4d8cfbd7be72. Wen Ye merupakan seorang pahlawan perang, lelaki ini sangat dikenali sebagai Dewa Perang kerana kehandalan dan kemampuannya yang sangat hebat di medan perang

 

 

 

1280ccff b1bc 49cd 9dd3 aceaa3cee1223. Setiap kali berada di medan perang, Wen Ye tidak pernah kalah. Lebih hebat lagi, musuh-musuh juga akan terus merasa takut dan gerun melihat Dewa Perang yang gagah perkasa

Baca lagi: 5 Drama Cina Dengan Rating Tertinggi di MyDramaList Bagi Bulan Mei 2024, Sudah Tonton?

 

 

49c9d561 96cf 4046 8e92 dfb6a163f03b4. Namun, pada suatu hari, tersebar khabar angin bahawa Wen Ye si Dewa Perang gugur di medan perang dalam menjalankan misinya sebagai seorang pahlawan

 

 

 

8dd49420 4029 4ed4 9da6 055ea4fd53a05. Tapi ternyata khabar angin itu langsung tidak berasas dan hanyalah sebuah pembohongan semata-mata, Wen Ye kembali ke tanah airnya dengan membawa berita gembira kemenangan

 

 

 

d70630e8 c53a 4a0d b043 7d091d369c2f6. Waktu itu di hari perkahwinannya dengan Shen Ke Yi (Zhang Miao Yi), Wen Ye merasakan debaran yang sangat aneh walau pengantin tersebut adalah hanya pengganti

 

 

 

88233364 1dd2 43d4 bc9a 089af046cd087. Namun, akhirnya Wen Ye menerima kehadiran Shen Ke Yi dengan baik. Mereka lantas hidup bersama sebagai pasangan suami isteri

Drama Cina The Substitute Princess’s Love sudah ditayangkan di platform streaming iQIYI. Anda boleh menyaksikan aksi dan lakonan Dylan Kuo dalam drama ini sebagai jeneral perang yang gagah dan berani. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Pilihan Filem Korea dengan Kisah Pengajaran Hidup yang Penuh Inspirasi
Baca juga: 9 Drama Cina Menarik Tentang Dunia Penerbangan, Pelbagai Genre dan Kisah Unik