Untuk mengetahui berkenaan bagaimana anda boleh mengurangkan penggunaan elektrik dan secara tidak langsung menjimatkan caj yang dikenakan. Ikuti langkah-langkah bil elektrik rendah menerusi artikel ini.
Mesti ramai yang mereungut setiap kali mahu bayar bil elektrik, ia sentiasa mahal dan tinggi. Lebih-lebih lagi sekirany kita sentiasa membuka pendingin hawa di musim panas ini. Selalunya di rumah, barangan elektrik yang kita ada mesti jenis yang bukan jimat tenaga. Sebab itulah bil elektrik sentiasa mencanak tinggi.
Lelaki ini atau nama sebenarnya Mohd Azrin Roselan kongsi tips kurangkan bil elektrik. Walaupun beliau mempunyai ahli keluarga yang ramai iaitu 8 orang di satu bumbung yang sama, bil elektrik yang beliau perlu dibayar hanya dalam lingkungan bawah RM100 sahaja.
Tips Kekalkan Penjimatan Elektrik Di Rumah
1. Sejak awal lagi sudah pasangan lampu energy saver. Tahu tak lamu kalimantang kuat makan api.
2. Menggosok bajy sekali banyak bukan baru nak gosok. Iron guna api yang banyak bila nak capai suhu yang diset.
3. Aircond set mod Dry dan Timer. Mod Dry tidak memaksa compresser Aircond bekerja sepanjang masa. Makluman Aircond rumah bukan jenis converter. Biasa-biasa sahaja.
4. Tutup lampu selepas digunakan. Ini perlu disiplin tinggi selain ambil tanggungjawab tolong tutup kalau ada yang terlupa.
5. Tidak meletakkan peralatan elektrik pada mod stanby kerana masa api digunakan walaupun kecil. Off dan cabut plug.
6. Mengenal pasti barang elektrik menggunakan api yang kuat seperti Vaccum elektrik, Iron, Microwave, PC high spec dan sebagainya kuat guna api.
7. Sebelum masuk tidur akan buat round periksa barangan elektrik, lampu, kipas dan sebagainya yang tidak ditutup dan cabut plug bila tidak digunakan.
Ada yang menagatakn plug tak dicabut ada significant pun sebab dah Off. Terpulang pada masing-masing malas nak argue bab ini. Amalam saya selepas guna barangan elektrik akan cabut plug. Kalau beli barangan elektrik yang mempunyai energy saver rating adalah bonus sebab harganya tak murah.
Saya sudah buktikan tanpa barangan elektrik yang mempunyai converter boleh buat penjimatan sebab tabiat dan cara penggunaan.
Semoga bermanfaat dan taraf kos kehidupan meningkat marilah berusaha buat penjimatan ikut kemampuan masing-masing.
Selamat mencuba gais!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang