Home News Empat Wanita Tampil Mohon Maaf, Cerita Hal Sebenar Yang Berlaku Dalam Hubungannya

Empat Wanita Tampil Mohon Maaf, Cerita Hal Sebenar Yang Berlaku Dalam Hubungannya

0

Baru-baru ini tular satu klip durasi pendek mengenai empat orang wanita yang sedang mempertawakan tahap bahasa Inggeris yang ditulis oleh seorang lelaki, dipercayai bekas teman lelaki daripada salah seorang rakannya.

Menerusi video klip ini salah seorang diantara mereka sedang membaca satu mesej daripada lelaki tersebut yang menyatakan untuk berpisah. Dengan nada mengejek, wanita ini membaca mesej yang ditulis menggunakan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Inggeris dan Melayu dengan lantang sekali sebelum disambut ketawa rakan-rakan lain.

Baca lagi: Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Permohonan STR Anda Tidak Lulus, Ikuti Sahaja Langkah-Langkah Ini

Baca lagi: Akibat Kerja Lebih Masa Guru Meninggal Dunia, Keluarga Terima Pampasan Sebanyak RM2.6 Juta

Lihat klip durasi pendek reaksi empat orang wanita ini mengejek mesej yang didapati oleh bekas teman lelaki daripada salah seorang rakannya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lihat juga video dibawah:

Mereka turut memberi pesanan buat pasangan yang mahu berpisah apabila menggunakan tatabahasa dengan betul terutama bahasa Inggeris.

“Weh korang kalau nak break up, make sure English korang yang korang hantar kan, betul tau sebab kawan-kawan dia bukan bodoh tau. Kawan-kawan dia pandai tau, kita baca sama-sama”
“Pertama sekali, I nak minta maaf sangat for everything i made it. I made it? Bukan, I have made it. We can be a friens. Tak payah, we can be friend, cukup”
“No worries if you want to make a friend.. bukan!. No worries if you want to be a friend with you. You can text or call me like usual. Wah, you want want ahh”-kata wanita ini dalam nada sindir

Lihat gambar mesej lelaki tersebut:

Screenshot 2023 07 12 101120

Disebabkan klip durasi pendek mereka telah ditular dan dikecam oleh orang rami, kini mereka tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik konten tersebut, sedemikian menerusi platform media sosial.

Mereka seikhlas hati memohon maaf dan menyatakan tidak mempunyai niat untuk menyinggung hati ramai orang selain meminta agar pihak yang memuat naik video di aplikasi Twitter segera menurun kandungan tersebut.

Screenshot 2023 07 12 101406

Salah seorang daripada mereka mengatakan lelaki tersebut sudah beberapa kali menipu dan berlaku curang dengannya. Serta video itu beliau sendiri yang menyiarkannya, dan tidak sangka respon dari rakannya pula mendapat kecaman netizen

Beliau juga memohon maaf lagi sekali atas sikap rakannya yang menegur mesej bahasa Inggeris yang dihantar oleh bekas teman lelakinya. Oleh itu, mereka turut akui kesalahan dan berharap klip durasi tersebut dibuang serta merta.

Lihat apa kata orang ramai:

Nur Mudzalifah Chacha: terpaling bagus sgt english dia tu, sbb org2 mcm ni, ramai org nk ckp english yg xberapa fluent ni segan, tak konfiden sbb takut kena judge dgn org2 terpalingg bagussss…

Zalikha Muhsin: Entah2 exbf member ni jenis buat hal.. Kwn mesti sokong kwnnya.

El Razi: Kena curangi diselingkuhi.. Adat dlm percintaan.. Inilah indah dan nikmat dlm perhubungan.. Ranjau dan duri adalah cabaran setiap pasangan.. Namun…

Azwan Alaman: Duk kritik ex-bf baik move on bukan pergi aib walaupun kesilapan. Duk menambah dosa jer.

Marzatul Norhafizah: Tak sesuai JD cikgu adik2 ni .kesian ank murid nt kena perfect je .Salah speaking kna gelak.

Hidayat Mohd Nizam: Mengata org mcm ikan keli.. Tuan punya badan boleh dh tu bantai charge “body shaming”..

Khairil Anam: Geli aku dengar ex teman lelaki…..tak ada istilah curang selagi belum berkahwin…

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia