Home Movie 5 Filem Seram Thriller dengan Elemen Supernatural yang Boleh Ditonton di Netflix

5 Filem Seram Thriller dengan Elemen Supernatural yang Boleh Ditonton di Netflix

0

Menonton filem seram thriller supernatural boleh menjadi pengalaman yang menegangkan dan dalam masa yang sama sangat mengasyikkan.

Dengan jalan cerita yang penuh misteri, elemen supernatural, dan ketegangan yang berterusan, filem seram thriller ini mampu memukau penonton dari awal hingga akhir.

Berikut ini adalah lima buah cadangan filem seram thriller supernatural yang boleh anda tonton di Netflix!

 

1. Homunculus (2021)

Filem seram thrillerFilem seram thriller Jepun ini diadaptasi dari manga berjudul sama karya Hideo Yamamoto. Diarahkan oleh Takashi Shimizu. Menceritakan tentang Susumu Nakoshi, seorang lelaki yang hidup dalam kesepian dan menghadapi masalah kewangan selepas meninggalkan pekerjaannya. Dia juga menderita penyakit amnesia.

Suatu hari, selepas ditawarkan jumlah wang yang banyak, Susumu setuju untuk menjadi subjek uji kaji sebuah eksperimen perubatan yang tidak konvensional. Dalam eksperimen ini, otak Susumu disuntik dengan benda asing. Ini menyebabkan dia mengalami perubahan dalam persepsi dan kenyataan. Akibatnya, Susumu mula melihat orang lain sebagai wajah-wajah yang sangat tidak biasa.

Masing-masing mewakili aspek-aspek psikologi atau emosi yang tersembunyi dalam diri mereka sendiri. Dengan berbagai-bagai wajah baru ini, Susumu bertemu dengan pelbagai manusia dalam kehidupan sehariannya.

Mereka membantunya memahami lebih dalam tentang kemanusiaan, penderitaan, dan rahsia yang tersembunyi dalam fikiran manusia. Dalam perjalanan ini, Susumu menghadapi masa lalunya yang gelap. Dia juga berusaha untuk memahami apakah yang sebenarnya terjadi dalam eksperimen yang sangat menyeksakan ini.

 

2. Viking Wolf (2022)

e889d952 972e 4def b1e1 1b2960dc1873Filem seram thriller supernatural dari Norway ini diarahkan oleh Stig Svendsen. Cerita tentang seorang gadis yang berusia tujuh belas tahun bernama Thale. Dia berpindah ke sebuah bandar kecil bersama ibunya, seorang polis.

Suatu hari, seorang pelajar dibunuh secara brutal di sebuah majlis yang dihadiri Thale. Dia menjadi saksi utama untuk kejadian tersebut. Filem ini mengeksplorasi misteri tentang pembunuhan tersebut dan penglibatan sesuatu yang menyerupai serigala.

Viking Wolf menampilkan aspek visual yang mendebarkan dengan latar Norway. Filem ini digambarkan sebagai seram-thriller yang cuba menggabungkan unsur misteri dan supernatural. Dengan fokus pada transformasi protagonis dan penyiasatan pembunuhan misteri.

 

3. Svaha: The Sixth Finger (2019)

SupernaturalFilem seram thriller misteri supernatural Korea Selatan ini diarahkan oleh Jang Jae Hyun. Cerita tentang Pastor Park, yang berusaha untuk mendedahkan kumpulan-kumpulan agama yang mencurigakan. Dia diupah untuk menyiasat kumpulan ajaran sesat Deer Mount.

Pada masa yang sama, Kapten Polis Hwang sedang menyiasat kes pembunuhan. Suspek utama adalah anggota kumpulan ajaran sesat Deer Mount. Bersama-sama, mereka mula mengungkap rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik amalan-amalan spiritual dan kepercayaan yang ada dalam komuniti.

Filem ini menyelami kewujudan kumpulan ajaran sesar baru dalam masyarakat Korea yang mencipta ritual mereka sendiri.

 

4. Night Teeth (2021)

c13a3cb0 8caf 4a74 8672 55817ce8fc73Filem seram thriller supranatural ini diarahkan oleh Adam Randall. Menceritakan tentang seorang pemandu teksi yang bernama Benny. Dia perlu menghadapi malam yang berbahaya apabila menerima tawaran mengantar dua orang wanita misteri, Zoe dan Blaire, dalam perjalanan yang melibatkan banyak pesta dan hiburan.

Benny dengan cepat mendapati bahawa Zoe dan Blaire bukanlah wanita biasa. Mereka sebenarnya adalah vampire yang sedang dalam misi untuk membersihkan bandar dari gangster vampire yang kejam. Apabila malam semakin larut, Benny terperangkap dalam pertempuran antara vampire, menghadapi ancaman yang semakin meningkat dan keputusan moral yang sangat sukar.

Dengan aksi yang mendebarkan dan ketegangan yang terus terusan meningkat, Benny perlu memilih antara bertahan hidup atau mengambil risiko besar untuk membantu Zoe dan Blaire dalam misi mereka. Di tengah kegelapan Los Angeles, Night Teeth menampilkan kombinasi dari dunia bawah vampire moden dengan atmosfera kota besar yang sangat memikat.

 

5. Ghost Lab (2021)

IMG 1048

Filem Thailand ini diarahkan oleh Paween Purijitpanya. Menceritakan tentang dua orang doktor patologi forensik, Gla dan Wee. Mereka bekerja di sebuah hospital di Bangkok. Mereka berdua memiliki minat yang mendalam terhadap perkara-perkara yang berbau paranormal.

Suatu hari, Gla dan Wee melihat penampakan roh pesakit yang sudah meninggal dunia. Mereka mula menggali lebih dalam dan menemui petunjuk-petunjuk yang mengarah pada fenomena-fenomena supernatural yang tidak boleh dijelaskan secara saintifik.

Rasa ingin tahu dan minat mereka semakin memuncak apabila mereka mendapat akses ke makmal forensik yang canggih yang membolehkan mereka untuk berhubungan secara langsung dengan dunia roh.

Namun, semakin mereka mengeksplorasi kekuatan-kekuatan di sebalik kematian dan kehidupan setelah mati, semakin mereka terlibat dalam permainan gelap yang membawa mereka ke dalam bahaya yang sangat nyata. Gla dan Wee perlu berhadapan dengan kesan dan akibat dari eksperimen yang mereka lakukan.

Lima filem seram thriller supernatural di atas juga boleh anda saksikan secara eksklusif di Netflix. Setiap filem menawarkan jalan cerita unik yang bakal mengejutkan penonton dengan pelbagai twist yang tidak terjangka. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Suka Genre Supernatural Seperti The Uncanny Counter 2? Berikut 7 Kdrama Supernatural Untuk Anda
Baca juga: 9 Filem Seram Thriller Berlatarkan Konsert, Suka Berubah Tragedi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here