Home Kdrama/Kmovie ENA Akan Menyajikan 4 Drama Korea Baru pada Pertengahan Hingga Hujung Tahun...

ENA Akan Menyajikan 4 Drama Korea Baru pada Pertengahan Hingga Hujung Tahun 2024

0

Beberapa buah drama Korea garapan ENA yang ditayangkan di awal tahun 2024 seperti “The Midnight Studio” dan “Crash” berjaya menghiburkan para peminat drama Korea. Melalui berbagai-bagai jenis genre, jalan cerita yang menarik hingga barisan pelakon yang terkenal, pastinya menambah tarikan drama-drama dari ENA.

Baru-baru ini melalui Instagram rasmi, ENA kembali mengumumkan empat drama terbaru yang dirancang akan ditayangkan pada pertengahan tahun hingga ke hujung tahun 2024. Salah sebuah drama adalah drama Korea yang akan dibintangi oleh Kim Se Jeong dan Lee Jong Won. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Starry Night

KdramaENA secara rasmi telah mengesahkan bahawa Ryeoun dan Go Hyun Jung akan terlibat dalam drama terbaru berjudul Starry Night. Drama yang sebelum ini diberi tajuk Namib ini menceritakan tentang seorang CEO agensi hiburan yang dilakonkan oleh Go Hyun Jung. Dia mendekati salah seorang jejaka yang menjadi peserta latihan iaitu Yoo Jin Woo (Ryeoun) dengan niat yang buruk. Namun, seiring berjalannya waktu Kang Soo Hyun perlahan-lahan membantu Jin Woo menggapai impiannya.

 

2. To My Haeri

58936007 19d5 4f95 9313 ce8260c0848aShin Hye Sun akan dipasangkan dengan pelakon kacak Lee Jin Wook dalam drama Korea To My Haeri. Drama ini diadaptasi dari karya penulis Han Ga Ram yang dikenali melalui karya sebelum ini seperti I’ll Go to You When the Weather is Nice dan Han Yeo Reum’s Memory.

Membawa genre romantik yang mengisahkan tentang kehidupan seorang personaliti TV bernama Joo Eun Ho. Dia menderita penyakit gangguan identiti disosiatif selepas kehilangan adiknya, ditambah dengan hubungan asmara yang gagal bersama Hyun Oh. Dikatakan bahawa perkataan ‘Haeri’ dalam tajuk drama tersebut bermaksud disosiasi dalam bahasa Korea. Dikhabarkan drama To My Haeri akan ditayangkan pada akhir tahun 2024.

 

3. Your Honor

fcf3cb77 ff11 485f b81b 04638116623dDrama Korea Your Honor dibintangi oleh barisan artis ternama seperti Son Hyun Joo, Kim Do Hoon, Kim Myung Min, Yoon Chan Young, Jung Eun Chae, dan Heo Nam Jun. Mengusung genre thriller, misteri, undang-undang, dan jenayah tentang seorang remaja lelaki yang secara tidak sengaja melanggar mati seorang mangsa. Disebabkan oleh panik, dia memutuskan untuk lari dari tanggung jawab. Namun, ternyata orang yang dilanggarnya itu adalah anak kepada seorang ketua mafia.

 

4. Drunk Romance

Drama korea

Drama Korea terakhir adalah drama terbaru dari pelakon muda yang juga merupakan seorang bintang idola Kpop, Kim Se Jeong yang sudah banyak terlibat dalam drama popular seperti Business Proposal (2022) dan School 2017 (2017). Dia telah disahkan akan bergandingan dengan Lee Jong Won dalam drama terbaru ENA berjudul Drunk Romance.

Drama ini sebelum ini diberi tajuk In the Name of Alcohol. Drama dengan genre komedi romantik ini mengangkat cerita tentang wakil syarikat minuman keras dan pembuat bir lokal.

Bermula dari genre romantik hingga thriller, drama Korea yang tayang bakal ditayangkan pada pertengahan hingga hujung tahun 2024 ini akan disajikan dengan jalan cerita yang pastinya menarik. Pengumuman senarai drama tersebut juga adalah sebagai bentuk sambutan ulang tahun ke-20 stesen penyiaran ENA. Drama manakah yang paling anda tunggu-tunggu?

Baca lagi: “Crash” Kdrama Tayang 6 Mei, Tentang Jenayah Trafik dan Kejahatan di Jalan Raya
Baca juga: 12 Drama Korea Baharu Sedia Tayang Mei 2024, Pelbagai Genre dan Mengujakan