Home Entertainment Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM

Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM

0

Celebrity cukup mencuri perhatian para peminat drama siri Korea Selatan kerana mengangkat kisah gelap di sebalik gemerlap dan populariti para selebriti Instagram ataupun pempengaruh.

Bukan hanya itu, drama siri ini juga turut menjadi perbincangan di media sosial kerana salah seorang cameo yang hadir adalah Lee Junho ataupun Junho 2PM.

Junho muncul di episod akhir iaitu episod 12. Hanya beberapa ketika sahaja, namun para peminat terus kecoh dan teruja membicarakan kemunculannya dalam siri original Netflix tersebut. Siapa Lee Junho dalam ending Celebrity ini?

Berikut merupakan beberapa teori peminat tentang karakternya sebagai cameo dalam “Celebrity” yang sungguh misteri, jom sama-sama kita lihat:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

1. Muncul sebagai pekerja pembersihan

9a8f1eb1 aac1 4aff 87a2 0521ee05f5bcLee Junho muncul sebagai salah seorang pekerja AC Clean yang akan membersihkan bilik kos milik Lee Eun Chae (Kim No Jin) yang ternyata merupakan watak penting di sebalik akaun hater @_bbbfamous.
Saat hendak membersihkan ruangan bilik, Junho mengambil iPad yang menyala di atas meja. Skrin tersebut menampilkan profil akaun Instagram penyokong Seo A Ri (Park Gyu Young), @agree_ari.

2. Disyaki, dia adalah stalker Seo A Ri

dd1fc40a 532e 4194 ae83 73f184774ea2Kemunculan Lee Junho yang tidak sampai seminit itu ternyata telah membuatkan para peminat mencipta teori bermacam-macam. Ramai yang mengesyaki bahawa Junho mempunyai peranan yang lebih besar dan bukan sekadar pekerja pembersihan biasa.
Pandangannya sewaktu membaca komen foto Seo A Ri dilihat penuh dengan maksud tersembunyi. Ditambah dengan senyum sinis di akhir, penonton meneka-neka kemungkinan peranan lain Lee Junho adalah salah satunya sebagai stalker Seo A Ri. Senyumannya agak menyeramkan bukan?

3. Adakah dia adalah admin @agree_ari?

53942a57 57c3 48bf a624 0a9f8ee155f7Ada juga yang menganggap senyuman Lee Junho dalam babak singkat itu sebagai senyuman kepuasan. Sewaktu asyik melihat komen dan membaca komen-komen baik untuk Seo A Ri, ramai yang beranggapan bahawa mimik wajahnya nampak puas.
Oleh kerana itu, ada yang menyangka bahawa Lee Junho di sini adalah admin untuk akaun penyokong @agree_ari. Anda rasa bagaimana?

4. Bekas selebriti telegram atau pempengaruh juga

Celebrity
Ada juga teori lain yang mendakwa bahawa karakter Lee Junho dalam ending Celebrity ini adalah sebagai bekas pempengaruh yang pernah mengalami perkara serupa dengan Seo A Ri. Boleh jadi, Lee Junho dahulu pernah meraih populariti di Instagram lalu hancur dan menjalani kehidupan baru sebagai pekerja pembersihan, sama dengan apa yang dialami oleh Seo A Ri.

Cuma muncul beberapa saat, Lee Junho 2PM berjaya membuatkan netizen histeria dan berteori macam-macam. Walaupun ending dalam “Celebrity” jelas bahawa Seo A Ri memutuskan untuk keluar dari dunia pempengaruh, tapi gara-gara kemunculan Lee Junho, ramai pula yang menduga-duga pasti ada Celebrity musim ke 2. Kita nantikan sahaja informasi seterusnya!

Baca lagi: “Celebrity” Mendedahkan Sisi Gelap Influencers
Baca juga: Celebrity – “Followerku, ialah Pembunuhku”, Tayang 30 Jun