Home Entertainment Ending “Duty After School Part 2” Menyakitkan Hati?

Ending “Duty After School Part 2” Menyakitkan Hati?

0

Episod akhir Duty After School Part 2 kurang memuaskan! Banyak nyawa melayang sia-sia!!

AMARAN SPOILER!

IMG 3373

Duty After School Part 2 (2023) telah memberikan penutup buat seluruh episodnya pada hari Jumaat 21 April 2023 yang boleh ditonton di Viu.

Walaupun begitu, drama siri ini masih rancak dibicarakan oleh para peminatnya. Macam biasa, rata-rata nampaknya tidak berpuas hati dengan ending (episod akhir) yang dipersembahkan.

Boleh dikatakan, watak-watak yang mengisi Duty After School Part 2 mempunyai pengakhiran yang cukup menyakitkan dan juga tragis. Mengejutkan apabila lebih ramai anggota yang gugur. Tidak hairanlah, kini muncul beberapa alasan yang membuatkan ending drama siri ini kurang menyengat dan memuaskan.

Jom kita lihat sama-sama apakah yang menyebabkan episod akhir drama siri ini menjadi bualan dan ketidakpuasan hati ramai peminat?

IMG 3370

1. Hingga Duty After School Part 2 berakhir, keberadaan Sarjan Kim Wo Bin (Lee Soon Won) masih menjadi misteri dan menjadi tanda tanya yang masih belum dapat dirungkai

IMG 33722. Satu teori juga turut muncul, dikatakan Sarjan Kim Wo Bin bertukar platun kerana trauma dan terlalu sedih ditinggalkan oleh Leftenan Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo)

IMG 3369

3. Salah seorang peminat menghantar DM di Instagram milik Lee Soon Won menanyakan keberadaan Sarjan Kim Won Bin dalam “Duty After School part 2”, Lee Soon Won menjawab pertanyaan tersebut dan dia menjelaskan bahawa dirinya telah melakukan penggambaraan yang menunjukkan keberadaan Sarjan Kim Won Bin dalam pascatragedi letupan untuk bahagian dua. Namun sayangnya, adegan tersebut entah kenapa dipotong.

Sarjan Kim Won Bin ternyata seharusnya dikisahkan pergi ke camp utama askar bersama tiga pelajar yang diselamatkan pada part 1. Namun kerana mengalami kecederaan, Sarjan Kim Won Bin tidak dapat bertugas dan turut sama berjuang bersama platun dua.

Baca Lagi: 10 Kepakaran Watak Dalam “Duty After School” Yang Sangat Berguna

6c7bbb5b 0227 41c9 ac47 addff1daa2244. Menghilangnya para pelatih dan platun 3-2 telah membuatkan para pelajar perlu meneruskan perjuangan tanpa adanya sebarang pengawasan dari orang dewasa ataupun pegawai tentera terlatih

82a223f5 60a3 494a 9d2a 893cc254b1125. Sementara itu, perang yang masih belum diketahui bila akan berakhir ini membuatkan mental dan fizikal para pelajar mulai lemah dan mereka sememangnya memerlukan semangat

9191a681 7bab 4d21 a21a 6340acc123b06. Ditambah lagi dengan keputusan yang tidak bertanggung jawab daripada pihak kerajaan yang telah membatalkan ujian CSAT

47d3f12c 8deb 4bea b8d7 ed0a15026f7b7. Memang tidak hairanlah jika para pelajar kerap kali terlibat dengan konflik hingga membuatkan hubungan mereka semakin renggang

3086aae3 f51e 4d0a 950e 7c8959c886d88. Namun siapa sangka, jika semua konflik ini menjadi salah satu penyebab Kook Young Soo melakukan pengkhianatan dan membunuh hampir seluruh anggota platun 3-2

23a838de ca97 427a 919f ee519641686e9. Tidak lama selepas empat anggota yang terselamat kembali, kerajaan telah menemui alat yang dapat memusnahkan makhluk asing yang menyerang bumi

3ee7ee40 b554 4af1 8f29 ad32169ec73910. Pasti sahaja ramai yang menganggap bahawa pemberontakan Kook Young Soo telah membuatkan nyawa sahabat-sahabatnya yang malang itu terbunuh sia-sia

2d43fd63 690c 4782 adae 1db6e7c2ee0a

11. Paling sedih adalah nilai mata tambahan yang dijanjikan oleh kerajaan kepada para pelajar yang sanggup menjadi askra tambahan juga menjadi kontroversi

IMG 3374

Setelah meneliti semua sepuluh senarai yang menyebabkan ending drama siri ini terasa hambar dan mengecewakan, tentu anda setuju jika dikatakan ending drama siri Duty After School Part 2 membuatkan ramai sakit hati, ramai juga penonton yang mengaku kecewa dengan ending yang dipersembahkan. Ramai pelajar platun 3-2 mati sia-sia akibat situasi yang sepatutnya dapat dicegah dan dielakkan daripada terjadi. Anda rasa bagaimana?

Baca Juga: 5 Projek Kdrama Terbaru Para Pelakon “Duty After School”