Home Kdrama/Kmovie Episod 3-4 Connection Dedahkan Kebenaran, Kejutan Terbaru

Episod 3-4 Connection Dedahkan Kebenaran, Kejutan Terbaru

0

Drama baru Connection membuatkan para penonton teruja dan ingin tahu tentang hubungan setiap watak. Jang Jae Kyeong (Ji Sung) pada mulanya berniat untuk mencari orang yang menculik dan membuatkan dia ketagih dadah secara paksa. Satu demi satu petunjuk yang muncul ternyata berkaitan dengan orang-orang di sekelilingnya.

Pada episod 3 dan 4 Connection, kebenaran perlahan-lahan muncul. Beberapa fakta mengejutkan semakin menguatkan firasat bahawa Park Joon Seo (Yoon Na Moo) sebenarnya tidak bunuh diri.

Berikut dibawah ini adalah enam perkara baru yang muncul dalam episod 3 dan 4 drama Connection.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

1. Tersenarai nama Lee Myung Guk sebagai salah seorang penerima wang insuran Park Joon Seo yang tidak disebutkan

ConnectionPark Joon Seo telah mendaftarkan insuran nyawa seminggu sebelum kematiannya. Namun, dia tidak menjadikan isterinya Choi Ji Yeon (Jung Yoo Min) sebagai penerima wang insuran, tapi Jang Jae Kyeong dan Oh Yoon Jin (Jeon Mi Do). Hanya nama mereka yang disebut oleh Park Tae Jin (Kwon Yool) semasa membacakan wasiat di kubur Park Joon Seo.

Pada episod tiga terungkap bahawa tersenarai satu nama lagi yang tidak disebutkan sebagai penerima wang insuran itu iaitu Lee Myung Guk (Oh Il Young). Lee Myung Guk adalah penyiasat Farmasi Keumhyung yang diketuai oleh Won Jong Soo (Kim Kyung Nam) selaku wakil ketua Keumhyung Group.

Baca lagi: Ji Sung Akui Sukar Bawa Watak Detektif Penagih Dadah dalam Kdrama Baru “Connection”

2. Oh Yoon Jin hampir bertemu dengan Lee Myung Guk

99b40228 9689 45a7 968e 5d36afc90f47Lee Myung Guk pernah berniat mahu mengungkap gejala rasuah di tempatnya bekerja. Oleh sebab itulah dia menghubungi Oh Yoon Jin yang merupakan seorang wartawan Anhyun Economics Daily. Oh Yoon Jin mahu bertemu dengannya kerana dia merasakan ini bukanlah kes biasa. Namun, Lee Myung Guk tidak muncul di hari mereka sepatutnya bertemu. Selepas itu, Lee Myung Guk dilaporkan hilang.

 

3. Penerima wang insuran Park Joon Seo pernah menyertai kelab Audiophile

424a5e70 4c73 47a0 91fb b51f7fee44e8

Terdapat satu persamaan antara Jang Jae Kyeong, Oh Yoon Jin, dan Lee Myung Guk. Ketiga-tiga mereka pernah menyertai kelab untuk mendengar muzik di Audiophile Sekolah Menengah Jeogang. Jang Jae Kyeong dan Oh Yoon Jin dari batch yang sama manakala Lee Myung Guk merupakan senior mereka.

Park Joon Seo mendaftarkan insuran hayat atas nama syarikatnya yang dikenali sebagai Audiophile. Oleh sebab itu, pasti ada alasan tersendiri mengapakah Park Joon Seo menulis nama senior dan rakannya di kelab Audiophile sebagai penerima wang insurannya.

 

4. Choi Ji Yeon dan Park Tae Jin terlibat dalam hubungan gelap

b0b35eb2 b63b 4074 8c95 c2d1257168bcChoi Ji Yeon ternyata curang dengan Park Tae Jin. Mereka menyembunyikan hubungan dari semua orang, termasuk orang-orang yang berkomplot dengan Park Tae Jin. Namun, Park Tae Jin berubah kasar pada Choi Ji Yeon untuk mendapatkan kata laluan yang belum diketahui untuk apa.

Tidak berdiam diri, Choi Ji Yeon mengancam akan mengungkapkan hubungan mereka kepada kawan-kawan Park Tae Jin yang juga merupakan kawan kepada Park Joon Seo jika dia tidak diberikan wang sebanyak 1 billion wok. Oleh sebab mereka masih menghormati Park Joon Seo yang dulu menjadi ketua kelas, nama Park Tae Jin pasti akan tercemar jika fakta tentang hubungan gelapnya terungkap.

Baca juga: Baru Ditayangkan, “Connection” Drama Baru Angkat Genre Jenayah Thriller dan Penyiasatan

5. Park Joon Seo pernah memeriksa CCTV di tempat dia disyaki bunuh diri

93700fb8 226d 414b 992e 8872ebf12a8eAda satu CCTV yang merakam pintu masuk kecil ke lokasi pembinaan tempat Park Joon Seo disyaki mengakhiri hidupnya. Sebelum ditemui Jang Jae Kyeong, ternyata Park Joon Seo sendiri pernah memeriksa CCTV tersebut enam bulan sebelum dia meninggal dunia.

Selain itu, Jang Jae Kyeong dalam diam diikuti oleh Jung Yoon Ho (Lee Kang Wook) semasa memeriksa CCTV tersebut. Jung Yoon Ho juga membunuh pemilik kedai yang memasang CCTV itu.

 

6. Watak Doctor menunjukkan perubahan dalam cara kerjanya

fa0129e5 2585 4069 b05d ad1770a750c2Watak Doctor yang menghasilkan dadah yang dikenali sebagai Lemon Ppong masih tersembunyi. Namun, Gong Jin Wook (Yoo Hee Je) yang berhubung dengannya menyedari adanya perubahan dalam cara kerja Doctor tersebut.

Sesuai dengan kesepakatan mereka, Gong Jin Wook sepatutnya tidak boleh menghubungi Doctor terlebih dahulu. Namun, dia menghubungi Doctor terlebih dahulu kerana sudah didesak oleh CEO Yoon (Baek Ji Won). Gong Jin Wook beranggapan bahawa Doctor yang sekarang ini bukanlah Doctor yang dahulu kerana dia tidak mengetahui peraturan transaksi di antara mereka berdua.

Penemuan kebenaran dan fakta-fakta baru di episod 3 dan 4 drama Connection juga menimbulkan banyak persoalan. Apakah yang Park Joon Seo (Yoon Na Moo) cuba selesaikan kepada Jang Jae Kyeong (Ji Sung) dan hubungan mereka dengan dadah juga masih menjadi misteri.

Jangan lupa untuk menonton episod Connection seterusnya ya!

Baca lagi: Kim Hee Sun Mula Deklarasi Perang dalam “Bitter Sweet Hell”, dan Ji Sung Semakin Taksub dengan Dadah dalam “Connection”
Baca juga: The Player 2: Master of Swindlers, Misi Merompak Orang Kaya dan Korup Diteruskan Lagi