Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Episod Akhir Kdrama Your Honor Meninggalkan Penonton dengan Persoalan, Bakal Ada Musim...

Episod Akhir Kdrama Your Honor Meninggalkan Penonton dengan Persoalan, Bakal Ada Musim 2?

0

Drama Korea ‘Your Honor’ baru sahaja melabuhkan tirai dan episod 10 yang merupakan episod akhir telah ditayangkan.

Drama Korea thriller misteri ini berjaya menutup episod terakhir dengan pencapaian peribadinya dengan rating tertinggi iaitu sebanyak 6.1 peratus selama tempoh tayangannya.

Sangat mengejutkan kerana banyak watak penting yang mendapat pengakhiran tragis di episod terakhir drama “Your Honor” ini. Salah seorang dari mereka ialah Song Ho Young (Kim Do Hoon).

1. Kebenaran akhirnya terungkap

Your honor

Kebenaran tentang pembunuhan terancang yang dilakukan oleh Song Ho Young terhadap Kim Sang Hyun akhirnya terungkap.

Kebenaran itu diketahui oleh detektif Jang Chae Rim (Park Ji Yeon) yang kemudian dibocorkan oleh pendakwa raya Kang So Young (Jung Eun Chae) kepada isteri Kim Kang Heon (Kim Myung Min).

Namun kebenaran dan kejahatan lain yang dilakukan oleh kumpulan gangster Woo One tidak didedahkan kepada orang ramai.

Baca juga: Your Honor: 7 Masalah Dalaman Keluarga Woo One Group, Saling Bermusuhan

2. Watak Penting mendapat pengakhiran Tragis

e43d5570 7926 4e1c 987c 2f353d7c5951

Antara watak penting yang mendapat nasib tragis adalah detektif Jang Chae Rim yang ditemui meninggal dunia di dalam keretanya yang tenggelam di dasar sungai.

Watak penting seterusnya adalah Jo Mi Yeon. Dia mati kerana ditimbus hidup-hidup dengan simen oleh gangster Woo One selepas dia memberikan bukti kejahatan Ma Ji Yeong.

Song Ho Young mati dibunuh oleh Ma Ji Yeong selepas dia mengetahui kebenaran disebalik kematian Kim Sang Hyun.

Kim Eun cuba membunuh diri dengan mengambil ubat kemurungannya secara berlebihan. Kim Eun mahu mengakhiri hidupnya kerana dia mengalami kemurungan yang teruk selepas kematian Song Ho Young.

 

3. Keadilan berjaya ditegakkan?

e1e55dbc 4020 4eee b96c aa08b1ff4a6f

Sayang sekali hingga ke akhir, keadilan tidak berjaya ditegakkan. Hakim Song Pan Ho (Son Hyun Joo) memberikan keputusan tidak bersalah terhadap Kim Sang Hyuk.

Hakim Song Pan Ho juga tidak mengambil sebarang tindakan atas kes kematian Song Ho Young yang ditembak mati oleh Ma Ji Yeong.

Walau Hakim Song Pan Ho telah mengakui kesalahannya, pendakwa raya Kang So Young (Jung Eun Chae) tidak mahu mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sebelum Kim Kang Heon diadili atas kejahatannya.

Baca lagi: Your Honor Makin Mendebarkan, Tuan Hakim Gagal Pertahankan Anaknya?

4. Permusuhan antara hakim dan bos gangster

ce8db762 a247 4ebb 9515 7e0f162a8e78

Hakim Song Pan Ho berjumpa dengan Kim Kang Heon selepas tragedi yang menimpa Kim Eun dan Song Ho Young. Mereka berbincang tentang pengakhiran permusuhan mereka.

Namun Hakim Song Pan Ho memilih untuk bertaubat selepas segala kejahatan yang mereka lakukan mengorbankan banyak nyawa. Pan Ho memberitahunya untuk tidak melupakan apa yang berlaku dan dia akan memastikan mereka membayar untuk jenayah mereka.

Sebagai seorang bapa, Song Pan Ho dan Kim Kang Heon mempunyai keinginan untuk menjalani hidup mereka sebagai orang yang baik dan jujur.

 

5. Petanda ada musim 2?

49710c2c fa12 4b2a a8d0 54670a107903

Selepas menyaksikan episod akhir, masih banyak plot lompong yang tidak terjawab dengan baik dan episod akhir dianggap ditutup dengan tergantung.

Pendakwa raya Kang So Young memberikan isyarat tentang hukuman yang sedang disediakan untuk Kim Kang Heon semasa dia menemui Kim Sang Hyuk yang hendak terbang ke Amerika.

Sebagai contoh, pasukan itu terdiri daripada Moon Seok, Yi Hwa, dan Pendakwa Kang, yang cuba menjatuhkan Kim Kang Heon. Aspek khusus ini tidak berjaya dimulakan pada musim semasa ini.

Adakah ini menunjukkan pasukan produksi ENA akan menyajikan musim 2 bagi drama ‘Your Honor‘ untuk menjawab persoalan yang masih tergantung?

Kita nantikan jika ada kemaskini nya nanti ya!

Baca lagi: 3 Petunjuk “Love Next Door”, Tidak Berakhir Dengan “Sad Ending”
Baca juga: 3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Your Honor”, Kisah Dilema Moral Antara Tugas dan Pertalian Darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here