Home Kdrama/Kmovie Episod Awal Miss Night and Day Tampilkan Kejutan, Watak Utama Berubah Rupa...

Episod Awal Miss Night and Day Tampilkan Kejutan, Watak Utama Berubah Rupa Apabila Matahari Terbit

0

Tiga episod pertama drama Korea baru iaitu Miss Night and Day telah ke udara pada 14, 15 dan 22 Jun 2024 baru-baru ini.

Miss Night and Day tersebut menceritakan tentang Lee Mi Jin (Jung Eun Ji), seorang gadis manis yang berusia 20-an yang tiba-tiba berubah penampilan menjadi wanita berusia 50-an apabila matahari terbit.

Namun, apabila matahari terbenam, Lee Min Ji akan kembali kepada kejadian asalnya sebagai gadis yang berusia 20-an. Perubahan tersebut merupakan kejutan yang penuh misteri bagi para penonton.

Bukan hanya perubahan penampilan, terdapat banyak misteri di episod perdana drama Korea Miss Night and Day yang berjaya membuatkan para penonton tertanya-tanya.

Mari sama-sama kita lihat perinciannya di bawah ini!

 

 

Miss night and day
1. Sebelum Lee Mi Jin tiba-tiba berubah penampilan menjadi wanita tua di pagi hari, dia pernah terjatuh ke dalam sebuah perigi semasa cuba menyelamatkan seekor kucing. Di manakah kucing itu sekarang?

 

 

bd920bf3 3e4e 407b 9c8a 03537ad96db3
2. Di dalam perigi tersebut, dia yang sangat kecewa dengan hidupnya sendiri telah berdoa ingin menjadi orang lain. Adakah perubahan yang dialami olehnya merupakan jawapan sebenar kepada doanya?

 

 

 

e9b6352d 126e 43b3 93e9 1909a38faefa
3. Siapakah sebenarnya wanita berusia 50-an yang berubah menjadi dirinya di siang hari? Adakah dia merupakan versi tua Lee Mi Jin?

 

 

 

c4bff24d 60fd 4fe3 b63c 8c43f8b8bf2f
4. Jika bukan versi tua Lee Mi Jin, lalu siapakah wanita tua tersebut yang sebenarnya? Adakah dia mempunyai kaitan tersendiri dengan hidup Lee Mi Jin?

 

 

 

ec59c314 9a11 4653 8eaa 80b76ef9ebdc
5. Semasa berubah menjadi tua, Lee Mi Jin menggunakan identiti Lim Soon yang telah lama menghilang. Bagaimanakah keadaan wanita itu kini?

 

 

 

a787812a 8b66 4d46 98e0 9f3f3992cb0c
6. Ada pembunuh bersiri yang mensasarkan wanita sebagai mangsa. Adakah Lim Soon yang menghilang juga merupakan salah seorang mangsa pembunuh bersiri tersebut?

 

 

 

80bf7be5 5c49 4e80 9ddc 7e8c23ca3ddd
7. Di akhir episod 2, Lee Mi Jin juga seolah-olah sedang diintai dan diperhatikan oleh pembunuh bersiri yang sama. Adakah dia berjaya menyelamatkan diri?

Ketujuh-tujuh kejutan dan misteri di episod awal drama Korea Miss Night and Day berjaya membuatkan para penonton tertanya-tanya. Kini, Lee Mi Jin perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dirinya di siang hari. Adakah hidupnya boleh kembali normal sekali lagi? Saksikan nanti dalam episod seterusnya ya!

Baca lagi: Pagi Tua, Malam Berubah Muda, Kdrama Fantasi Miss Night and Day 15 Jun Ini Menampilkan Eunjin Apink
Baca juga: Lee Hee Jun Pelakon Senior yang Masih Laris, Bintangi 2 Drama dan 2 Filem Tahun Ini