Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Episod Baru Perfect Family Fokus pada Keadaan Mental Park Ju Hyun yang...

Episod Baru Perfect Family Fokus pada Keadaan Mental Park Ju Hyun yang Makin Teruk, Siapa yang Menyerangnya?

0

Adakah anda semakin ketagih mengikuti plot yang penuh misteri dalam drama “Perfect Family” ini?

Episod terbaru drama Korea Perfect Family menyoroti keadaan mental Choi Sun Hui (Park Ju Hyun) yang makin teruk. Provokasi yang dilakukan oleh Choi Hyun Min (Yoon Sang Hyun) berjaya menimbulkan rasa takut yang berlebihan pada kedua-dua ibu bapanya.

Baca juga: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap

Bukan hanya keadaan mental yang makin memburuk, Choi Sun Hui juga mengalami nasib malang yang betimpa-timpa. Rupa-rupanya ada seseorang yang sengaja ingin mencederakannya.

Ingin mengetahui cerita dengan lebih lengkap? Mari kita lihat highlight untuk Perfect Family episod 5-6 di bawah ini!

 

Perfect family1. Choi Sun Hui hampir dilanggar oleh van bewarna hitam. Nasib baik, Ji Hyun Woo (Lee Si Woo) datang tepat waktunya untuk menyelamatkannya

 

812ca191 a9c1 410b 9fbc c0483e88360d2. Merasa nyawa anak mereka terus-terusan terancam dan dalam bahaya, kedua ibu bapa Choi Sun Hui mahu menghantar Choi Sun Hui untuk belajar di luar negara

 

93668904 12fa 43dd 86ee 4a9b0cc4d5ff

3. Apabila mengetahui bahawa Choi Sun Hui yang mengambil gambar dari ruang bilik rahsia, ayah Choi Sun Hui terus menyelongkar biliknya

 

ec5f63f0 1f69 4d66 ba10 6951bf8b0f3f

4. Ibu Choi Sun Hui mendedahkan bahawa pada waktu dia mengambil telefon bimbit dan buku, Park Kyeong Ho (Kim Young Dae) ternyata masih hidup

 

2b6a22a4 abcf 4c70 88d9 6cdf4205be22

5. Choi Hyun Min mengaku sebagai seorang anggota polis. Dia menceritakan pada Choi Sun Hui bahawa ayahnya melakukan jenayah di masa lalu

 

4b6e7a89 592c 49de ad30 ce6f65130c8b

6. Selepas bertemu dengan Choi Hyun Min, ketakutan Choi Sun Hui pada ibu bapanya menjadi makin teruk. Dia merasakan seperti ibunya hendak membunuhnya

 

cd0d439f 0053 4b8a 83ed 4ff20bdfaecd

7. Pencarian Lee Soo Yeon (Choi Ye Bin) menemui jalan terang. Barang-barang miliknya ditemui terapung di sebuah tasik

 

40a2972c b41a 42c6 a3bd 6bce1696d09e

8. Ada yang dengan sengaja menolak Choi Sun Hui ke jalan raya hingga akhirnya dia dilanggar oleh kereta. Dia perlu mendapatkan rawatan kecemasan dan suasana amat mendebarkan

 

c8ceeb1e 1d9e 40c7 8af3 cf68d788cf0f

9. Choi Jin Hyeok (Kim Byung Chul), ayah Choi Sun Hui dijadikan suspek utama tuduhan pembunuhan dan penculikan Lee Soo Yeon

Plot drama ini berjalan cukup misteri dan penuh teka teki, petunjuk-petunjuk yang ditampilkan tidak membantu proses penyiasatan membuatkan segala-galanya tampak sukar. Bahkan hingga kini, para penonton dibiarkan untuk tidak mengetahui latar belakang kedua-dua ibu bapa angkat Choi Sun Hui. Nantikan episod baru dan korang boleh strim drama ini di Viu ya!

Baca lagi: Spoiler Ending Versi Webtoon Perfect Family, Siapa Pembunuh Park Kyeong Ho?
Baca juga: Black Out Sajikan Plot Twist Berlapis-Lapis, Banyak Kejutan Untuk Kes Pembununah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here