Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sinar_my, dan telah ditular baru-baru ini.
Fazira Wan Chek atau dikenali sebagai Erra Fazira merupakan seorang model, penyanyi, pelakon, penerbit dan ahli perniagaan wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 9 Februari tahun 1974, berasal dari Selangor. Erra Fazira mula mendapat perhatian ramai pada tahun 1992 apabila menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan dinobatkan sebagai pemenang.
Sejak itu, beliau mula diintai oleh ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan televisyen. Erra Fazira juga popular dengan lakonan serta nyanyiannya sehingga kini menjadi bualan peminat.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Erra Fazira ‘belanja’ lagu yang berjudul Jendela Hati secara ‘live’ di Sinar FM. Nyanyian beliau juga telah mendapat perhatian peminat serta mendapat pujian ramai dengan nyanyiannya yang tidak berubah dari dahulu hingga kini.
Netizen turut memberi komen mengenai nyanyian Erra Fazira, mengatakan nyanyian beliau sememangnya merdu dan lunak . Ada juga yang mengatakan suaranya tidak berubah dari dahulu hingga kini masih sama. Netizen juga memberi pujian kepada Erra yang dengan secara spontan menyanyikan lagu beliau sendiri secara live.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Bila @errafazira menyanyi live kat SINAR semua peminat berkurumun tengok. Dah macam konsert dah jadinya. Kaki Erra sebelah kaki siap tahan pintu tauuu”
Lihat klip durasi pendek nyanyian Erra Fazira:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Abg AC Mohd: Era suara sederhana tapi telan cd,tak berubah langsung
@Annaaaa: kena dengan lagu ya.jendela dan pintu. sampai kena tahan pintu la ceritanya, legend la
@Insyirah: Erra ni cantik laa dia maintain ja
@AISH_BAN: Terbaik kak erra..sporting betul kak erra
@TUAN ACHIK SALCEDO: power la vokal kak erra….maintain jer…kak erra n kak amy suara depa maintain
@nazuinhalim: suara erra mmg sedap actually. catchy
@Aimanhaziqq: Doakan kak era dapat jodoh yang baik2.. nak tengok sanding dan kahwin lagi
@mama_eiyna: Terubat rindewww tgk kesayangan @Fazira Wan Chek nyanyi spontan camni love u kakakkkk
@DakAjud: perghhh kalau den kt situ pn den layan sekali…telan kaset kottt…
@Pujangga sepi: dari dulu skrng dan terkini..erra tetap erra mantap…
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram