Membawa genre thriller misteri yang diselit dengan komedi, drama Korea The Auditors dibintangi oleh pelakon senior seperti Shin Ha Kyun dan Jin Goo, serta pelakon muda berbakat Lee Jung Ha dan Jo Ah Ram.
Drama siri The Auditors bakal tamat pada hujung minggu ini (10-11 Ogos). The Auditors menyoroti kisah jabatan audit JU Construction dalam membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini berjaya menarik perhatian penonton. Kdrama ini sangat menarik kerana kes yang disajikan sentiasa berbeza-beza pada setiap episod.
Baca lagi: The Auditors Kini Menuju Minggu Akhir, Semakin Sengit. Kali Ini Shin Ha Kyun Pula Diaudit
Walau menampilkan pelbagai kes, drama ini juga sudah semestinya turut memaparkan konflik utama yang sangat rumit. Bahkan, kes utama mengenai sosok eksekutif syarikat yang melakukan rasuah juga masih belum terungkap. Bukan hanya itu, terdapat juga beberapa persoalan dan misteri lain yang berjaya membuat penonton tertanya-tanya.
Berikut ini adalah lima persoalan yang perlu terjawab menjelang episod akhir Kdrama The Auditors.
1. Kehidupan masa silam Shin Cha Il
Shin Cha Il (Shin Ha Kyun) merupakan pengurus jabatan audit yang dikenali sebagai ‘lone wolf’. Dia selalu berpihak pada kebenaran dan dia juga merupakan seorang lelaki yang cukup misteri. Dalam beberapa perkara dia memilih untuk lebih tertutup dan dia kelihatan tidak mempunyai anggota keluarga yang tinggal bersama dengannya.
Misteri kehidupan Shin Cha Il memang pernah ditayangkan pada beberapa episod awal. Dia pernah mengingat kembali sebuah peristiwa kebakaran yang dahsyat yang membuatnya begitu terpukul. Namun, hingga kini masih belum diketahui dengan jelas apakah sebenarnya yang terjadi waktu itu dan bagaimanakah Shin Cha Il kemudian hanya hidup sendirian tanpa keluarga.
2. Perjanjian antara Shin Cha Il dan Presiden Hwang Se Woong
Persoalan dan misteri yang masih belum terjawab adalah perjanjian yang dipersetujui antara Shin Cha Il dan Presiden Hwang Se Woong (Jung Moon Sung). Kebenaran bahawa mereka pernah membuat perjanjian juga baru terungkap pada episod 10. Sayangnya, tidak ada seorang pun yang tahu perincian isi perjanjian tersebut.
Hwang Se Woong memang pernah membahas sedikit mengenai perjanjian tersebut. Dia mengatakan bahawa dia pernah membuat kesepakatan mengizinkan Cha Il mengaudit selama dua tahun dengan syarat tertentu. Syarat itulah yang belum diketahui dengan jelas dan diharapkan dapat didedahkan pada episod akhir minggu depan.
Baca juga: The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah
3. Pembunuh bekas Presiden Hwang Gun Woong
Bekas Presiden Hwang Gun Woong (Lee Do Yub) selama ini tidak sedarkan diri sehingga adiknya, Hwang See Woong dipilih untuk menggantikannya. Hubungan antara kedua-dua adik beradik ini cukup baik kerana Se Woong kelihatan selalu mengunjunginya. Sementara itu adik tirinya, Dae Woong kerap diusir oleh isteri Gun Woong sehingga jarang mengunjungi abangnya.
Pada episod 10, kejadian mengejutkan menimpa Gun Woong. Sosok misteri datang ke hospital dan membunuhnya. Belum diketahui siapakah dalangnya, tetapi Se Woong adalah orang yang mengetahui bahawa kakak iparnya tidak akan berjaga pada waktu malam. Sementara Dae Woong, dia pernah terlibat dalam sesi dialog mengenai posisinya yang terancam.
4. Villain sebenar yang merosakkan JU Construction
Sejak awal lagi, watak Hwang Dae Woong telah digambarkan sebagai sosok villain utama di JU Construction. Namun, seiring berkembangnya jalan cerita, karakter Dae Woong kelihatan lebih baik dan mempunyai hati yang lembut. Dia selama ini bersikap kasar dan menentang Shin Cha Il hanya kerana tidak mahu nasib para pekerja dan syarikatnya jatuh.
Sementara itu Hwang Se Woong pula, dia pada awalnya digambarkan sebagai sosok yang menyokong penuh pasukan Shin Cha Il melawan rasuah. Namun, seiring perkembangan cerita dia berubah dan seolah-olah ingin menjatuhkan Cha Il kerana gagal memerangkap Dae Woong.
Perubahan kedua-dua watak ini menjadi persoalan yang perlu diselesaikan di episod akhir nanti mengenai siapakah di antara mereka yang terbukti menjadi eksekutif yang selama ini mengambil kesempatan ke atas JU Construction.
Baca juga: 3 Watak Yang Selalu Buat Sakit Hati dalam The Auditors Setakat Ini, Duri Dalam Daging
5. Pemimpin JU Construction yang seterusnya
Selepas Hwang Gun Woong meninggal dunia, jawatan rasmi presiden JU Construction tentu menjadi perdebatan dan rebutan. Posisi itu akan direbut oleh kedua-dua adik mendiang iaitu Se Woong dan Dae Woong. Namun, pada pra-tayang episod terakhir dijelaskan bahawa muncul fakta tentang kematian bekas presiden adalah dirancang.
Dengan munculnya kecurigaan tersebut, tentu sahaja akan dilakukan penyiasatan menyeluruh. Penyiasatan ini tentu sangat berpengaruh pada masa depan syarikat. Oleh sebab itu, misteri mengenai siapakah pemimpin JU Construction seterusnya adalah perkara yang perlu diselesaikan di episod akhir nanti.
Supaya tidak terjadi plot hole, seluruh persoalan dan misteri harus terungkap pada tayangan episod akhir drama Korea The Auditors yang akan datang. Siapa yang sudah tidak sabar?