SUNGGUH luar biasa!
Itulah ungkapan terbaik bagi menggambarkan kumpulan popular dari Korea Selatan, EXO di pentas Malaysia pada Sabtu.
Biarpun hujan turun membasahi bumi, ia tidak langsung menjadi penghalang buat EXO-L (nama fandom EXO) untuk berjumpa idol kegemaran mereka di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.
Konsert Jelajah Dunia EXO’s Planet #5 — “EXplOration” di Kuala Lumpur hasil anjuran Star Planet menandakan kali keempat pertemuan antara EXO dan EXO-L Malaysia.
EXO hadir ke Malaysia buat pertama kalinya pada 2016 dan menjadi antara kumpulan K-Pop yang paling dinanti-nantikan di sini.
EXO boleh dikatakan ‘balik kampung’ dan sememangnya tidak mensia-siakan kesempatan ini untuk memukau EXO-L Malaysia!
Dalam siri konsert siri jelajah ini, EXO tampil dengan persembahan untuk trak album EXO yang kelima iaitu ‘Don’t Mess Up My Tempo’ dan lagu daripada album ‘Love Shot’.
Membuka tirai persembahan pada malam tersebut ialah ‘Tempo’ sekali gus menaikkan semangat EXO-L dengan tempo lagu yang rancak.
Biarpun kumpulan nonet itu hanya tampil berenam tanpa D.O, Xiumin dan Lay, ia tidak sekali pun menjejaskan konsert berkenaan.
Malah, persembahan nyanyian dan koreografi Suho, Chanyeol, Sehun, Baekhyun, Kai dan Chen tiada cacat celanya.
D.O dan Xiumin tidak hadir kerana sedang menjalani khidmat tentera wajib manakala Lay pula sibuk dengan aktiviti solonya di China.
Enam jejaka tampan tersebut terus menghiburkan EXO-L dengan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Transformer’ dan ‘Gravity’.
Pentas solo pertama dipersembahkan penyanyi vokal utama, Baekhyun dengan lagu terbaharunya ‘UN Village’.
EXO-L kemudiannya dihiburkan dengan ‘24/7’, ‘Love Shot’ dan ‘Ooh La La La’ sebelum penyanyi kesayangan mereka memperkenalkan diri pada ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert).
24/7
Love Shot
Ooh La La La
“Apa khabar, Malaysia?!” laung keenam-enam anggota dalam Bahasa Malaysia selepas memperkenalkan diri masing-masing.
Penyanyi rap kumpulan tersebut, Sehun menyedari bahawa peminatnya memakai pakaian berwarna ‘Cosmic Latte’ dan memuji mereka kerana mengikut tema ‘dress code’.
Kira-kira 10,000 penonton yang hadir dihiburkan lagi dengan lagu-lagu hit mereka seperti ‘Monster’ dan ‘Oasis’ sebelum tiba masanya lagi untuk pentas solo.
Monster
Oasis
Ketua kumpulan, Suho mendendangkan lagu ‘Been Through’ manakala penyanyi vokal utama, Chen pula menyanyikan lagu ‘Lights Out’.
Tahukah anda, Chen merupakan penulis lirik lagu ‘Lights Out’?
Ia merupakan caranya untuk menenangkan hati mereka yang sedih menerusi lirik lagunya,
Sementara itu, pasangan duo dinamik Sehun dan Chanyeol ataupun dikenali sebagai EXO-SC pula membawakan lagu ‘What A Life’ dan ‘Closer To You’ buat kali pertamanya.
Keenam-enam anggota kumpulan itu membuat pemunculan semula di pentas dan tampil dengan lagu ‘Falling For You’, ‘Wait’ dan ‘Power’.
Falling For You
Wait
Power
Sepanjang konsert berlangsung, EXO bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama-sama peminat dan penonton, bukan sahaja yang berada di Zon Rock (zon di hadapan pentas), malah di seluruh stadium.
Dalam persembahan solonya, ‘dancing machine’ EXO iaitu Kai memukau peminatnya dengan nyanyian dan tarian yang bertenaga menerusi lagu ‘Confession’.
Antara seleksi lagu lain yang diperdengarkan pada konsert yang bermula jam 6 petang tersebut ialah ‘Bad Dream’ dan Damage’ .
Bad Dream
Damage
EXO juga membawa peminatnya kembali ke tahun 2013 dan 2014 dengan mempersembahkan lagu ‘Growl’ dan ‘Overdose’.
Growl
Overdose
‘Call Me Baby’ yang dipersembahkan dengan penuh tenaga juga turut mendapat jeritan dan sorakan gemuruh daripada EXO-L.
Daripada lagu rancak ke balada, semuanya mereka berjaya lakukan dengan cemerlang sekali.
Walaupun banyak melakukan tarian, mereka bukan sahaja berjaya tampil dengan persembahan yang penuh bertenaga, malah juga dapat mengekalkan vokal yang tinggi sepanjang konsert yang berlangsung selama dua setengah jam itu.
Sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu ‘Smile On My Face’, mereka mengambil hati EXO-L dengan mempersembahkan buah tangan terbaharu mereka iaitu ‘Obsession’.
Walaupun tidak membuat persediaan untuk mempersembahkan lagu tersebut, EXO tetap bersatu hati untuk menghiburkan hati peminatnya dengan versi tanpa muzik latar.
Dalam ment yang terakhir, EXO sudah tidak sabar untuk kembali semula ke Malaysia pada masa akan datang.
“Kami akan kembali dengan album baharu. Sila tunggu kami. Kami pasti akan kembali ke Malaysia. Kami berjanji dengan anda. Jaga kesihatan anda dan kita akan bertemu semula tidak lama lagi,” kata mereka.
Konsert yang cukup menghiburkan EXO-L dengan persembahan 25 lagu itu merupakan konsert yang paling dinanti-nantikan peminat K-Pop Malaysia.
Konsert Jelajah Dunia EXO’s Planet #5 — “EXplOration” melibatkan lapan lokasi yang lain iaitu Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan, Jepun dan Indonesia.
Adakah EXO-L ternanti-nantikan kehadiran EXO sebagai One True 9 (OT9) pada tahun hadapan?
Kongsikan keterujaan anda di ruang komen di bawah! Jangan Lupa like, share dan komen yang baik- baik sahaja. Terima kasih.
Sumber: Isabelle Leong via Astro awani