Home Entertainment Fakta Menarik Kdrama Terbaru Day of Kidnapping

Fakta Menarik Kdrama Terbaru Day of Kidnapping

0

Fakta Kdrama terbaru yang bakal tayang iaitu Day of Kidnapping, Yoon Kye Sang jadi penculik amatur!! Pelakon cilik Jeon Yoo Na dari Pachinko bakal membawa watak utama!!

BB2670C0 B816 47E5 8189 BF9301C8ED00Menerusi laman Instagram rasmi pada 14 Februari lalu, ENA telah mengumumkan line-up pelakon-pelakon yang akan bergandingan dalam drama siri baru yang bertajuk Day of Kidnapping.
Senarai nama yang disebut antaranya ialah Yoon Kye Sang, Park Sung Hoon, dan paling dinantikan pelakon cilik Jeon Yu Na.
Ceritanya diinspirasikan dari novel karya Jung Hae Yeon dengan tajuk yang sama. Bakal menampilkan dark comedy (komedi gelap) antara penculik newbie (amatur/baru) dengan kanak-kanak perempuan 11 tahun yang sangat pintar da genius, jom kita luhat beberapa fakta menarik mengenai drama siri terbaru Day of Kdnapping ini:

1. Jadi pertemuan dan gandingan semula beberapa pelakon

ABC2D2C6 E5C5 4E98 AD25 DBCBC92E121FDay of Kidnapping akan menjadi projek reunion bagi beberapa orang pelakonnya. Lebih-lebih lagi beberapa orang pelakon iaitu Yoon Kye Sang, Kim Shin Rok, dan Kim Sang Ho bernaung di bawah agensi yang sama iaitu JUST Entertainment.
Kim Sang Ho sebelum ini pernah terlibat dalam projek lakonan yang sama dengan Park Sung Hoon dalam filem Jeon Woochi (2009) dan bersama Kang Yeong Seok dalam drama siri Insider (2022). Selain itu, Kim Shin Rok dan Seo Jae Hee juga turut reunion semula setelah membintangi Kdrama Reborn Rich tahun lalu.

2. Yoon Kye Sang membawa watak penculik amatur yang menculik seorang gadis genius

2090B7A8 C29C 487E BCEE A6094DC468CD

Yoon Kye Sang memegang watak utama sebagai Kim Myung Joon yang merupakan penculik amatur berhati lembut. Dalam aksi pertamanya, dia menculik gadis berusia 11 tahun bernama Choi Ro Hee (Jeon Yu Na) dengan harapan dia akan mendapat duit untuk membayar bil hospital anak perempuannya.
Niatnya ingin menculik Ro Hee tetapi Myung Joon secara tidak sengaja telah melanggar kanak-kanak genius itu dan membuatnya kehilangan ingatan. Ro Hee kemudian menyangka Myung Joon adalah bapanya. Namun, si penculik itu merasa bersalah dan ingin mengembalikan Ro Hee kepada ibu bapanya.
Panggilan telefon tidak dijawab oleh ibu bapa Ro Hee, Myung Joon mengambil keputusan untuk pergi ke kediaman mereka. Alangkah terkejutnya Myung Joon apabila menyaksikan mayat orang tua Ro Hee yang dibawa keluar dari rumah itu.
Ro Hee kemudian mengetahui bahawa Myung Joon bukanlah bapanya. Dalam masa yang sama, Myung Joon juga berada dalam masalah kerana dia pula dituduh sebagai dalang pembunuhan.
Macam menarik kan jalan cerita Kdrama terbaru ini?

3. Park Sung Hoon membawa watak sebagai detektif

DA72A310 2BB8 46CA 937A 6F910B38448D

Park Sung Hoon memilih Kdrama Day of Kidnapping sebagai projeknya yang terbaru. Pelakon yang menarik perhatian menerusi siri The Glory (2022-2023) ini akan membawa watak detektif bernama Park Sang Yoon yang mengejar dan menyiasat Kim Myung Joon.
Park Sang Yoon mempunyai daya menganalisa yang baik dan sangat cepat dalam menilai sesuatu. Dalam usahanya untuk mengejar Kim Myung Joon, ternyata dia juga mendapati bahawa dirinya terjebak dalam kes itu.
Sewaktu semakin dekat dengan kebenaran, Park Sang Yoon dikejutkan dengan pembongkaran rahsia yang tidak disangka-sangka.wah! Makin menarik kan?!!

4. Pelakon lain yang turut terlibat

143A1F09 B480 41B1 8E48 4C3E599BBF9D

Selain ketiga-tiga watak utama yang tersenarai di atas, senarai nama beberapa orang artis handalan Korea Selatan turut disahkan akan membintangi Day of Kidnapping. Kim Shin Rok akan membawa watak sebagai Seo Hye Eun iaitu bekas isteri Kim Myung Soo yang tiba-tiba kembali dan mencadangkan penculikan Choi Ro Hee.
Seterusnya ialah Kim Sang Ho, dalam Kdrama ini dia akan membawa watak sebagai ahli perniagaan berjaya yang bernama Park Chul Woo. Seo Jae Hee pula bakal membawa watak sebagai Mo Eun Sun yang merupakan pakar bedah saraf dan Kang Yeong Seok pula menjadi seorang pengurus pelaburan yang bernama Jayden.

5. Dijadualkan tayang tahun ini

772B2BF5 4AE4 4994 BAA5 CFC165A4361CDay of Kidnapping dijadualkan akan segera menyapa penonton pada separuh pertama tahun 2023. Projek ini akan menjadi Kdrama baru yang produksinya adalah saluran televisyen berbayar iaitu ENA. Tarikh tepat dan bulan penayangan masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Topik yang diangkat tentang penculik yang berhati lembut ini kelihatan sangat menarik untuk ditonton. Cerita begini khas untuk para peminat Kdrama yang menggemari genre misteri. Kita tunggu sahaja khabar gembira dari kumpulan produksi mengenai jadual tayangannya yang dijangka tidak lama lagi!!

Baca Lagi: 5 Fakta Menarik Filem Unlocked Di Netflix

Baca Juga: 5 Pelakon Menolak Tawaran Berlakon Dengan Song Hye Kyo