Watak Kwon Jung Hee yang dilakonkan oleh Kim Hye Eun merupakan ibu kandung kepada Kim San Ha (Hwang In Yeop) dalam drama Korea terbaru yang masih ongoing iaitu Family by Choice. Sebagai seorang ibu, Kwon Jung Hee tidak menunjukan bahawa dia adalah ibu yang baik dan memberikan kasih sayang kepada Kim San Ha.
Semenjak kematian anak perempuannya atau adik kepada San Ha, beberapa ciri berikut ini ditunjukan oleh Kwon Jung Hee yang manandakan bahawa dia adalah ibu yang toksik dalam Family by Choice. Jangan terbawa-bawa emosi semasa membaca rangkuman di bawah ini ya! Pasti anda geram!
1. Jung Hee terus menyalahkan San Ha atas kematian adiknya. Padahal sepatutnya mereka berdua tidak ditinggalkan sendirian di rumah
2. Selain terus menyalahkan San Ha, Jung Hee juga langsung tidak mempedulikan anaknya itu dan bahkan tidak memberi makanan pada San Ha
3. Antara perangai toksik pada diri Jung Hee yang membuatkan ramai penonton emosi adalah dia tidak suka apabila San Ha bermain dengan bahagia dan seronok, sedangkan usianya baru 8 tahun
4. San Ha kecil yang tidak mengerti apa-apa tentang kesalahannya pada ibunya itu menangis dan memohon maaf atas kesalahannya
5. Kemuncaknya, Jung Hee meninggalkan suami dan juga San Ha kerana keegoannya yang tidak ingin lagi melihat San Ha. Sangat toksik bukan?
6. Sejak dia meninggalkan rumah, Jung Hee selama 10 tahun sama sekali tidak pernah menghubungi San Ha apalagi mencari tahu keadaan anaknya ini
7. Lebih menyakitkan hati, 10 tahun kemudian dia tiba-tiba muncul di hadapan San Ha dengan alasan hendak memberikan kemaafan pada San Ha
8. Jung Hee bahkan membawa adik tiri San Ha, dan membuat trauma San Ha kembali kerana kematian adiknya di masa lalu muncul lagi
Kwon Jung Hee menunjukkan bahawa dirinya adalah ibu yang dipenuhi sifat ego dan tidak peduli terhadap perasaan anaknya sendiri, hingga sanggup meninggalkan San Ha dalam drama Family by Choice. Lebih teruk lagi, selepas sepuluh tahun berlalu, dia langsung tidak berubah dan tetap menjadi ibu yang toksik!
Sudahkah anda menonton drama Family By Choice ini di Viu?