Kang Dong Won akhirnya membuat kemunculan melalui projek filem terbaru bertajuk Dr. Cheon and the Lost Talisman. Filem yang membawa genre thriller misteri ini sudah ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober 2023.
“Dr. Cheon and The Lost Talisman” dibintangi oleh Kang Dong-won, Heo Jun Ho, Esom, Lee Dong Hwi, Kim Jong Soo, hingga pelakon cilik Park Soi.
Menampilkan cerita misteri yang dibalut dengan elemen komedi, filem garapan pengarah Kim Sung Sik ini juga menampilkan babak post-credit yang seolah-olah memberikan gambaran dan harapan tentang kemungkin ada sambungan untuk filem ini.
Berikut merupakan penjelasan babak post-credit untuk filem Dr. Cheon and the Lost Talisman.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!
1. Dr. Cheon and the Lost Talisman mempunyai satu babak post-credit
Filem Korea Selatan kini mula mengikut tren filem francais superhero dengan menampilkan babak post-credit. Begitu juga dengan filem Dr. Cheon and the Lost Talisman.
Filem yang berjaya menembusi 1 juta penonton sebelum 5 hari penayangan di pawagam Korea ini memaparkan satu babak post-credit yang berjaya meninggalkan persoalan dalam minda penonton. Adegan tersebut seolah-olah memberi petunjuk bahawa Dr. Cheon cs akan kembali dalam filem seterusnya.
2. Penjelasan babak post-credit filem Dr. Cheon and the Lost Talisman
Babak Post-credit untuk filem Dr. Cheon and the Lost Talisman menampilkan detik Yoo Kyung dan adiknya berpindah ke rumah sewa baru. Mereka kelihatan dibantu oleh Dr. Cheon, In Bae, dan Pak Hwang. Namun Sebelum bergegas pulang, In Bae menawarkan Yoo Kyung yang mempunyai kekuatan melihat makhluk halus untuk bergabung bersama pasukan mereka.
Walau Yoo Kyung tidak terus bersetuju dengan tawaran tersebut, namun perkara ini membuatkan para penonton jadi berharap supaya ketiga-tiga mereka akan bekerjasama dan memulakan pengembaraan baru dalam filem seterusnya.
3. Menceritakan tentang pengembaraan Kang Dong Won menjadi bomoh palsu
Dr. Cheon and the Lost Talisman menampilkan Kang Dong Won sebagai bomoh palsu pengusir hantu bernama Dr. Cheon. Pada awalnya dia tidak mempercayai hantu, Dr. Cheon akhirnya mengalami banyak perkara mistik selepas bertemu dengan pelanggan barunya, Yoo Kyung (Esom).
Yoo Kyung yang boleh melihat makhluk halus meminta bantuan Dr. Cheon untuk menyelamatkan adiknya, Yoo Min yang dirasuk roh jahat yang misteri. Selepas disiasat ternyata roh tersebut berhubung kait dengan masa lalu pahit Dr. Cheon.
Villain jahat yang merasuk jiwa adik Yoo Kyung ternyata adalah ahli sihir yang sama yang juga membunuh datuk dan adik Dr. Cheon pada masa lalu. Dr. Cheon bertekad untuk membalas dendam atas kematian keluarganya.
Demikian penjelasan babak post-credit filem Dr. Cheon and the Lost Talisman. Sudahkah anda tonton filem ini? Siapa yang berharap Dr. Cheon, In Bae, dan Yoo Kyung kembali dalam filem yang seterusnya nanti?