Plus M Entertainment baru-baru ini melancarkan poster dan trailer untuk filem Escape. Filem yang mengusung genre aksi tersebut merealisasikan impian Lee Je Hoon yang sudah lama ingin berlakon dengan Goo Kyo Hwan. Kedua-dua mereka merupakan pelakon yang mempunyai bakat yang luar biasa.
Filem Escape menceritakan tentang kisah seorang tentera Korea Utara bernama Im Gyu Nam (Lee Je Hoon). Sebagai tentera dia memiliki impian berbeza untuk memulakan kehidupan barunya di Korea Selatan. Namun dalam menggapai impiannya tersebut Gyu Nam perlu melalui cabaran besar yang mengancam nyawa. Bagi meninggalkan negara asalnya Gyu Nam perlu melintasi pagar kawat berduri Zon Demiliterisasi atau DMZ.
Selain dikejar oleh waktu dan banyaknya rintangan mengancam nyawa Gyu Nam juga perlu berhadapan dengan seorang tentera lain yang bernama Ri Hyun Sang (Koo Kyo Hwan). Hyun Sang dikenali sebagai pegawai dari Jabatan Khas Negara Korea Utara. Ri Hyun Sang berusaha untuk mencegah dan mengejar cubaan Im Gyu Nam melarikan diri dengan berbagai-bagai cara. Berdasarkan dari beberapa adegan dalam trailernya terdapat adegan menegangkan di antara kedua-dua mereka. Mampukah Im Gyu Nam lari dari negara asalnya untuk mengejar impian?
Selain nama besar barisan pelakonnya, filem ini berjaya meraih perhatian ramai kerana nama besar pengarahnya iaitu Lee Jong Pil. Pernah menyepikan diri selama beberapa tahun, pengarah yang pernah menggarap filem The Man From Nowhere (2010) ini kini kembali dengan filem yang tidak kurang hebatnya juga.
Mari sama-sama kita lihat beberapa first look untuk filem Escape seperti di bawah ini!
1. Sarjan Im Kyu Nam (Lee Je Hoon) adalah seorang tentera Korea Utara yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan bebas dari sebarang kekangan dan kongkongan
2. Sudah sekian lama dia merangang mahu melarikan diri ke Korea Selatan. Sayangnya, dia tertangkap ketika menghentikan seorang prajurit biasa yang berniat melarikan diri
3. Atas perbuatannya tersebut, sarjan Im Kyu Nam bakal dikenakan tindakan berat. Dia dianggap sebagai pembelot negara yang layak untuk dimusnahkan
4. Ri Hyun Sang (Goo Kyo Hwan) menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Keamanan negara, ternyata mengenali Im Kyung Nam dengan baik
5. Bukan menghukum Im Kyu Nam, dia menjadikannya sebagai hero kerana telah menangkap seorang pembelot
6. Selain menyelamatkan nyawa Im Kyu Nam, tindakannya tersebut juga menyelamatkan kerjayanya kerana dia dianggap telah melakukan tindakan yang sangat heroik
7. Im Kyu Nam tetap merindukan kebebasan, dia tetap berusaha cuba melarikan diri ke Korea Selatan
Escape bakal menampilkan aksi kejar mengejar yang menegangkan dan juga penuh dramatik. Gabungan premis cerita, pelakon dan pengarah membuatkan filem ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat filem Korea Selatan. Escape dirancang bakal ditayangkan pada bulan Julai 2024. Siapa yang sudah tidak sabar-sabar mahu menonton filem ini? Nantikan ya!