Home Kdrama/Kmovie Movie Filem Komedi Pengembaraan yang Dinantikan, “Amazon Bullseye” Bakal Menemui Anda

Filem Komedi Pengembaraan yang Dinantikan, “Amazon Bullseye” Bakal Menemui Anda

0

Pelakon popular yang wajahnya sering muncul dalam drama dan filem Korea Selatan iaitu Ryu Seung Ryong akan membuat kemunculan di layar perak tidak lama lagi dengan filem komedi terbarunya.

Kali ini pelakon hebat ini akan melalui
pengembaraan yang mengasyikkan dan mengujakan dengan sekumpulan individu yang sangat mahir memanah di Hutan Amazon melalui filem Amazon Bullseye.

Bintang drama Korea popular Moving tersebut akan membentuk duo yang pastinya tidak akan dapat dilupakan bersama Jin Sun Kyun melalui filem ini.

Bagi anda yang sudah tidak sabar dan ingin tahu tentang filem Amazon Bullseye, berikut ini ialah sinopsis dan beberapa perkara menarik lain tentang filem ini yang perlu anda tahu. Mari sama-sama kita lihat!

1. Sinopsis filem Amazon Bullseye

f2840413 6f11 4b4e a9bd a00fff2705f5

Filem ini mengikuti kisah Jin Bong (Ryu Seung Ryong), bekas anggota pasukan memanah kebangsaan Korea Selatan yang menghadapi pergolakan dan masalah di rumah dan juga di tempat kerja. Dia kemudian bertemu dengan Bbang Shik (Jin Sun Kyu), seorang penterjemah Korea.

Pengembaraan yang mengasyikkan dan mengujakan duo ini dimulakan ketika mereka bertemu dengan tiga orang prajurit Amazon dengan bakat memanah yang hebat dan sangat luar biasa. Poster yang dilancarkan baru-baru ini menunjukkan Jin Bong dan Bbang Shik yang akan terperangkap di antara Hutan Amazon dan Seoul.

2. Senarai pelakon filem Amazon Bullseye

Amazon Bullseye

Bukan hanya dibintangi oleh Ryu Seung Ryong dan Jin Sun Kyu, berikut ini adalah senarai pelakon filem Amazon Bullseye:

● Ryu Seung Ryong sebagai Jin Bong
● Jin Sun Kyu sebagai Bbang Sik
● Yum Hye Ran sebagai Cha Soo Hyeon
● Ko Kyoung Pyo sebagai Director Choi
● Jun Suk Ho sebagai Manager Park
● Igor Pedroso
● Luan Broome
● J.B. Oliveira

3. Tarikh tayangan filem Amazon Bullseye

IMG 3855

Siapa yang sudah tidak sabar untuk menonton pengembaraan duo Ryu Seung Ryong dan Jin Sun Kyu di Hutan Amazon dan Seoul ini? Filem Amazon Bullseye dirancang akan ditayangkan secara perdana pada bulan Oktober 2024 akan datang. Nantikan maklumat lanjut tentang tarik tayangan rasminya ya!

Baca lagi: 10 Filem Korea Bawa Tema Buli dan Balas Dendam, Mendebarkan dan Penuh Emosi
Baca juga: 6 Drama dan Filem Korea Ini Ceritakan Tentang Jenayah Terhadap Wanita di Korea Selatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here