Home Filem Indonesia/Melayu Filem Indonesia Filem Korea Joseon Chefs, Kisah Benar Lagenda Gastronomi Korea

Filem Korea Joseon Chefs, Kisah Benar Lagenda Gastronomi Korea

0

Filem Korea terbaharu yang menyajikan kisah inspirasi tentang mengejar impian dan diiringi dengan hidangan Korea yang lazat, filem Joseon Chefs sedia memanjakan mata dan selera penonton.

Filem Joseon Chef ini diarahkan oleh pengarah Choi Yeon Soon. Skrip filem bergenre sejarah ditulis oleh Kim Ik Hyun dan Joo Soo Yeong. Joseon Chef sebenarnya telah dikeluarkan secara rasmi pada 2 Disember 2023 di KBS2.

Joseon chefs

Menariknya, anda juga akan melihat lakonan Yoon San Ha, yang merupakan salah seorang ahli kumpulan lelaki “ASTRO” dalam drama ini yang memegang watak Kim Yu dan Kim Kang Min yang memegang watak Gye Am.

Joseon Chefs mengisahkan Kim Yu (Yoo San Ha), seorang lelaki muda yang bercita-cita menjadi chef terbaik di Joseon. Perjalanannya penuh dengan liku-liku, tetapi dengan keazaman dan semangat pantang menyerah, Kim Yu berjaya mencapai impiannya.

Adakah anda tahu filem Joseon Chefs ini adalah berdasarkan dari kisah benar lagenda Gastronomi Korea?

IMG 1332 scaled

Filem ini berdasarkan dari kisah Kim Yu, seorang bangsawan sejati dari Dinasti Joseon yang menulis buku resipi “Suunjapbang” yang terkenal dalam sejarah gastronomi Korea. Buku resepi ini ditulis pada kira-kira tahun 1540, semasa tempoh awal Dinasti Joseon Korea. Buku satu dan dua mengandungi sejumlah 121 resipi.

Joseon Chefs mengikuti kehidupan Kim Yu (Yoo San Ha) yang dijangka memulihkan maruah keluarganya melalui peperiksaan perkhidmatan awam, tetapi dia terus gagal.

Pada tahun ketiga mengambil peperiksaan perkhidmatan awam negara, Kim Yu bertemu Gye Am, yang menggelar dirinya sebagai chef terbaik di Joseon. Pertemuan ini membuatkan mereka berdua mula mencari kehidupan sebenar dan terjun ke dunia gastronomi.

Pertemuan ini juga membuka mata Kim Yu kepada dunia masakan yang berwarna-warni dan membangkitkan impian terpendamnya untuk menjadi seorang chef.

Filem ini menjanjikan kisah yang menyentuh hati tentang mengejar impian, persahabatan dan mencari kebahagiaan dalam menjalani keghairahan anda.

Senarai Nama Pelakon dalam Filem Korea Joseon Chef

IMG 1323

  • Yoon San Ha ASTRO sebagai Kim Yu
  • Kim Kang Min sebagai Gye Am
  • Baek Sung Hyun sebagai Kim Yeon
  • Kang Sin Il sebagai Kim Hyo Ro
  • Won Geun Hee sebagai sami
  • Jo Jae Yun sebagai Jeong Pan Seo
  • Lee Tae Sung sebagai Raja Jungjong
Jangan lupa saksikan filem Joseon Chefs di platform penstriman Viu ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai filem Korea menarik tanpa sebarang gangguan iklan.
Baca lagi: Tonton 3 Filem Korea Ini di Viu, Dari Genre Thriller Misteri hingga Dark Comedy
Baca juga: Suka Kisah Bomoh Dan Exorcism Seperti Filem Box Office Exhuma? Tonton Dr. Cheon and The Lost Talisman Ini Di Viu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here