Home Kdrama/Kmovie Filem Korea Terbaru Revelations Bakal Ditayangkan di Netflix, Buah Tangan dari Pengarah...

Filem Korea Terbaru Revelations Bakal Ditayangkan di Netflix, Buah Tangan dari Pengarah Train to Busan

0

Netflix baru sahaja mengumumkan penerbitan filem Korea baru yang bertajuk Revelations pada 20 Jun 2024. Filem ini khabarnya akan diarahkan oleh Yeon Sang Ho yang juga merupakan pengarah filem Train to Busan (2016).

Revelations akan mengangkat kisah yang menarik sama seperti karya-karya Yeon Sang Ho sebelum ini. Bahkan, dalam filem ini, dia akan berkolaborasi dengan penulis Choi Gyu Seok yang sebelum ini menulis drama Hellbound (2021).

Sambil menunggu tayangan filem ini, mari sama-sama kita lihat sinopsis filem Revelations dan perkara-perkara menarik berikut dibawah ini!

 

1. Sinopsis Revelations

RevelationsRevelations mengangkat kisah seorang pastor dan detektif. Mereka saling berhubung kait kerana sama-sama ingin memecahkan misteri di sebalik kes orang hilang yang sering terjadi. Pastinya, dengan latar belakang yang berbeza, mereka mempunyai pendekatan yang juga berbeza dalam menyiasat masalah tersebut.

Pastor tersebut bernama Min Chan (Ryu Jun Yeol) yang selalu bergerak dengan bimbingan Tuhan. Dia merupakan seorang ketua sebuah gereja. Dia bertemu dengan pengunjung gerejanya, Yang Rae. Dia mendapatkan wahyu yang mengisyaratkan bahawa Yang Rae adalah penculik anaknya. Dari situ, dia nekad untuk menyiasat.

Terdapat seorang detektif bernama Yeon Hee (Shin Hyun Bin) yang juga perlu memecahkan kes serupa. Dia sudah mengikuti jejak Yang Rae, tetapi tidak mendapat sebarang bukti. Yeon Hee terus mendapat mimpi buruk tentang saudara perempuannya yang meninggal dunia secara tragis di masa lalu. Namun terlepas dari urusan peribadinya itu, Yeon Hee gigih mencari siapakah penjenayah sebenar di sebalik kes orang hilang tersebut.

 

 

2. Senarai pelakon

22d03f95 6c3b 4fcd 861b ae016a308adeSetakat ini, Netflix belum mendedahkan secara lengkap tentang pelakon yang akan terlibat dalam filem Revelations. Namun, berikut ini adalah pelakon utama yang sudah didedhakan dan disahkan akan membintangi Revelations:

● Ryu Jun Yeol sebagai pastor Min Chan
● Shin Hyun Bin sebagai detektif Yeon Hee

Revelations akan digarap oleh pasukan produksi yang hebat. Pengarahnya adalah Yeon Sang Ho. Dia adalah pengarah filem Train to Busan (2016). Sementara itu, skrip filem ini akan ditulis oleh Choi Gyu Seok yang sebelum ini menggarap Hellbound (2021) bersama Yeon Sang Ho juga. Mereka akan bergandingan dalam projek ini.

Selain itu pengarah antarabangsa iaitu Alfonso Cuaron juga akan terlibat dalam pembikinan filem ini. Dia akan berkolaborasi dengan Yeon Sang Ho dalam filem ini. Sebelum ini, Alfonso Cuaron dikenali sebagai pengarah yang pernah mendapat pencalonan Oscar melalui filem Roma (2018).

 

3. Tarikh tayangan dan platform tayangan

bfe3c81e 50bb 4d6d b550 150d34ef68f0Netflix baru sahaja mengumumkan tentang produksi filem ini. Namun mereka belum memberikan kepastian tentang tarikh penayangan Revelations. Pengarah dan kedua-dua pelakon utama baru sahaja bertemu untuk screening skrip.

Sementara itu, Revelations merupakan filem original Netflix yang diterbitkan oleh Wow Point. Jadi, filem ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform OTT tersebut. Buat masa sekarang, kita tunggu perkembangan dan maklumat lanjut dari pasukan produksi mengenai tarikh tayangnya.

Baca lagi: Boleh Terus Binge Watching, 11 Kdrama ini Tamat Pada Bulan Jun 2024
Baca juga: Filem “Pilot” Tampilkan Jo Jung Suk dengan 2 Identiti, Menjadi Wanita Kacak Julai Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here