Filem remake filem zombie Korea Selatan, ‘Train to Busan’ bertajuk ‘Last Train to New York’ dan pengarahnya dari Indonesia, Timo Tiahjanto, lapor portal Deadline.
Audiens antarabangsa dan benua nampaknya tidak begitu gembira dengan berita tersebut kerana cerita asalnya dikatakan sudah cukup bagus, berjaya membuatkan penonton tadah sebaldi air mata tengok penamatnya yang menyayat hati serta tidak perlu diubah-ubah destinasi dari Busan ke New York.
Rata-ratanya berkicau seperti berikut di lama Twitter:
“BOO dah kenapa Last Train to New York, tak ada siapa boleh ganti Gong Yoo terutamanya muka kelakar Ma Dong-seok/Don Lee”
“Last Train To New York tu bunyinya macam movie komedi”
“New Yorkers tak hairan pun zombie naik kereta api bawah tanah”
“New York yang padat penduduk dah tentu-tentu ada banyak zombie. Dah kenapa kau nak pergi tempat yang banyak zombie zaman zombie apocalypse tu?”
Pada pendapat penulis pula, berilah laluan kepada pengkarya untuk buat remake itu. Kalau betul tak best, silakan sambung kritik berbakul-bakul secara berhemah.