Home Movie Filem Spin Off SpongeBob SquarePants Bertajuk Plankton: The Movie Bakal Ditayangkan di...

Filem Spin Off SpongeBob SquarePants Bertajuk Plankton: The Movie Bakal Ditayangkan di Netflix

0

Berita baik untuk kanak-kanak seluruh dunia dan anda yang masih berjiwa kanak-kanak, pihak Netflix telah mengumumkan filem terbaru mereka yang berjudul Plankton: The Movie.

Plankton: The Movie merupakan spin-off kedua untuk SpongeBob SquarePants selepas Saving Bikini Bottom: The Sandy Cheeks Movie yang bakal ditayangkan di Netflix pada bulan Ogos 2024 akan datang.

Filem

Menjadikan karakter villain Plankton sebagai sorotan utama, tidak hairanlah jika Plankton: The Movie disambut dengan penuh keterujaan oleh para peminat setia SpongeBob SquarePants.

Mari sama-sama kita lihat sinopsis filem Plankton: The Movie dan beberapa maklumat menarik lain tentang filem ini.

 

1. Sinopsis Plankton: The Movie

77e778ff 7b1a 493d b09f 55fef5bd601eMerupakan watak antagonis dalam universe SpongeBob SquarePants, karakter Sheldon James Plankton atau lebih dikenali sebagai Plankton akan mendapat filemnya sendiri dengan judul Plankton: The Movie. Memetik drai portal Deadline, ia akan menggali lebih dalam tentang dunia Plankton yang berantakan apabila rancangannya untuk menguasai dunia digagalkan.

Plankton selama ini dikenali sebagai karakter ikonik yang menjalankan perniagaan restoran yang dikenali sebagai Chum Bucket bersama isteri komputernya, Karen. Namun perniagaannya tersebut selalu gagal bersaing dengan Krusty Krab milik Mr. Krab.

 

2. Senarai pelakon suara Plankton: The Movie

PlanktonMenariknya, Plankton: The Movie akan diarahkan oleh pengarah Dave Needham yang sebelum ini telah berjaya dengan filem Penguins of Madagaskar (2014), Trolls (2016), dan The Lego Batman Movie (2017).

Sementara itu di bawah ini adalah senarai pelakon suara untuk Plankton: The Movie.

● Mr. Lawrence sebagai Plankton
● Jill Talley sebagai Karen Plankton
● Tom Kenny sebagai SpongeBob SquarePants
● Bill Fagerbakke
● Carolyn Lawrence
● Clancy Brown
● Rodger Bumpass

 

3. Tarikh tayangan Plankton: The Movie di Netflix

90599c9d c2b3 41fc 8628 2a4c9bb485dcJika Saving Bikini Bottom: The Sandy Cheeks Movie dirancang bakal ditayangkan pada 2 Ogos 2024, bagi Plankton: The Movie pula, filem ini akan ditayangkan di Netflix pada tahun 2025 nanti.

Siapa yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan kembali cita-cita dan impian Plankton untuk menguasai dunia? Pasti filem ini sangat menghiburkan dan mencuit hati! Nantikan ya!

Baca lagi: Seo Kang Joon Bakal Muncul dalam Kdrama Komedi Baru “Undercover High School, Ejen Rahsia Menyamar Pelajar Sekolah
Baca juga: 11 Drama Korea Tentang Watak yang Mempunyai Pelbagai Personaliti, Perwatakan yang Berubah-Ubah