Home Entertainment Filem “Sympathy for Lady Vengeance” kisah pembalasan dendam Ibu yang dianiaya

Filem “Sympathy for Lady Vengeance” kisah pembalasan dendam Ibu yang dianiaya

0
“Sympathy for Lady Vengeance” filem keluaran tahun 2005, mengisahkan tentang seorang wanita, Lee Geum-ja (Lee Young-ae) yang baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman selama 13 tahun atas pembunuhan yang tidak dilakukannya.

Sympathy for lady vengeance

ARTIKEL INI MUNGKIN MENGANDUNGI SPOILER

Demi keselamatan anaknya, dia terpaksa menanggung dan lalui hukuman tersebut dengan rela hati kerana diugut oleh si pelaku.

Ketika berada di dalam penjara, Geum-ja telah membuat pakatan dan merancang setelah bebas dari penjara, Geum-ja akan mula membalas dendam terhadap pelaku yang menganiayanya selama ini.

IMG 9310

Apa yang perlu anda ketahui sebelum menonton filem ini?

Pada babak-babak awal akan ada “flash-back” bagaimana Geum-ja terperangkap dan masuk penjara, kehidupan dia dalam penjara, kisah bagaimana banduan-banduan lain masuk penjara yang kemudian menjadi sahabat baik kepada Geum-ja. Semua ini akan berkait rapat dengan apa yang bakal dia rancang selepas 13 tahun setelah dia dibebaskan nanti.

IMG 9304

Sedikit demi sedikit para penonton akan diberi kejutan hingga ke akhir filem “Sympathy for lady vengeance” ini. Semua perancangan dan aksi balas dendam Geum-ja memang “MASTERPIECE” dan ”EPIK” walaupun ia dikisahkan dalam keadaan yang agak bermelodrama dan penuh sentimental. Tapi itulah yang dinamakan KEINDAHAN PEMBALASAN DENDAM yang cuba ditampilkan dalam filem ini.

Bagi yang mungkin belum tahu, ini adalah TRILOGI terakhir dari filem “OLDBOY” dan “SYMPATHY FOR MR VENGEANCE”, tiada kaitan satu sama lain, mempunyai kisah yang berbeza. Ia sama bergenre “intense, dark dan thriller” dari pengarah yang sama.

 

SASARAN GEUM-JA

Lady vengeance Siapakah sasaran Geum-ja untuk sesi pembalasan dendamnya? Sudah semestinya MR BAEK (Pelakon “Oldboy”, Min-sik Choi), bekas guru sekolah Geum-ja yang bertopengkan IBLIS!

Pada usia 19 tahun, Geum-ja yang masih mentah dan naif terpaksa akur dengan ugutan bekas gurunya itu apabila bayi perempuan Geum-ja dijadikan tebusan sebagai ganti Geum-ja perlu mengakui pembunuh kanak-kanak yang dilakukan oleh bekas gurunya sebelum itu.

PROFIL MR BAEK, PEMBUNUH KANAK-KANAK

Mr Baek membunuh untuk suka-suka. Dia akan pilih kanak-kanak yang dia akan bunuh, setelah dibunuh dia akan pindah ke sekolah lain dan mula membunuh lagi dan pindah lagi ke sekolah lain, dan begitulah seterusnya.

CARA PEMBALASAN DENDAM GEUM-JA

IMG 9316 IMG 9317

Geum-ja mengumpulkan kesemua Ibubapa/penjaga kepada kanak-kanak yang telah dibunuh. Video cara pembunuhan anak-anak mereka ditayangkan di sebuah bilik.

IMG 9305

Kemudian mereka diberi pilihan untuk menyerahkan Mr Baek kepada Geum-ja ataupun mereka sendiri melakukan pembalasan dendam tersebut.

IMG 9315

Akhirnya semua bersepakat dan mereka satu persatu ikut giliran menyiksa Mr Baek perlahan-lahan sehingga Mr Baek pun mati ditangan Ibubapa dari mangsa terakhir.

Baca Lagi: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini

Baca Juga: Yoon Jong Bin, Kdrama dan Filem Yang Diarahkannya