Home News Filem The Moon yang Dibintangi D.O. EXO Dikatakan Flop, Kenapa?

Filem The Moon yang Dibintangi D.O. EXO Dikatakan Flop, Kenapa?

0

Walau filem ini sangat ditunggu-tunggu, filem The Moon yang dibintangi oleh D.O. EXO dilaporkan hanya mampu menarik lebih kurang 500 ribu orang penonton di pawagam di seluruh Korea Selatan.

Tidak sampai satu juta penonton, banyak pihak seperti para pengkritik filem menganggap bahawa filem The Moon flop dan juga gagal di pasaran.

Mengapakah filem yang dibintangi oleh D.O. EXO ini flop? Jom kita lihat ulasan berikut ini!

 

1. Filem The Moon gagal meraih 6 juta penonton

b203e36c ae78 42de a43c 3d4aaf79cd26Filem dibintangi oleh D.O. EXO atau Doh Kyung Soo dan Sol Kyung Gu ini diarahkan oleh Kim Yong Hwa dan diterbitkan oleh CJ ENM. Menggunakan kesan visual (VFX) dengan kualiti tinggi yang meraih banyak pujian, filem ini menggunakan bajet lebih dari 28 billion won.

Dipetik dari KBizoom, sekurang-kurangnya The Moon perlu menarik seramai 6 juta penonton untuk ke pawagam bagi mengaut keuntungan. Sayangnya, filem ini dilaporkan hanya berjaya menarik seramai 500 ribu penonton sahaja.

Dalam waktu 3 minggu selepas ditayangkan, jumlah penonton The Moon terus menurun di bawah tangga 10 bilangan penonton teratas secara harian di pawagam seluruh Korea Selatan, tertinggal di belakang animasi kanak-kanak dan filem pesaing yang lain.

 

2. Jalan cerita filem The Moon yang terlalu mudah diteka

The moonKesan visual The Moon memang mendapat pujian ramai, tetapi jalan ceritanya dianggap terlalu ringkas dan klise. Kim Do Hoon, salah seorang pengkritik filem menyebut bahawa era filem sains fiksyen di Korea Selatan sudah berakhir. Dia menekankan, tanpa cerita yang bagus, para pembikin filem tidak akan boleh menarik perhatian penonton untuk datang ke pawagam.

 

3. Pengarah filem The Moon bersuara

ExoWalau demikian, pengarah Kim Yong Hwa menyatakan bahawa kegagalan filem The Moon di box office berkemungkinan disebabkan oleh persepsi para penonton pada filem sains fiksyen Korea Selatan.

“Saya merasakan ada ruang dan perbezaan yang signifikan dalam persepsi penonton terhadap filem sci-fi Korea Selatan. Saya berharap dapat kembali dengan filem luar angkasa yang lebih baik apabila budaya menghormati sains dan teknologi Korea sudah terbentuk,” kata pengarah filem tersebut seperti yang dipetik oleh KBIZoom pada 24 Oktober 2023.

Baca lagi: 9 Kdrama dan Filem 2023 yang Dibintangi Para Pelakon Reborn Rich
Baca lagi: The Kidnapping Day: Kang Ha Neul Tampil Sebagai Cameo Dalam Episod Akhir 25 Oktober Ini