Home Disney+ Finale Gangnam B-Side: Bagaimanakah Siri Jenayah Thriller ini Berakhir?

Finale Gangnam B-Side: Bagaimanakah Siri Jenayah Thriller ini Berakhir?

0

Ji Chang-wook sebagai Yong-pil meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penonton dengan pandangannya yang sangat tajam dan penuh tekanan menjelang penutup siri Gangnam B-Side.

Siri Gangnam B-Side mengambil hala tuju yang gelap pada minggu ini apabila watak penting terbunuh, mengubah cerita menjadi misteri pembunuhan dengan Ji Chang-wook di tengah-tengah konflik.

Berikut adalah perincian tentang apakah yang dijangkakan bakal berlaku dalam episod akhir yang akan disiarkan pada hari Rabu, 27 November 2024 nanti.

Artikel ini mengandungi spoiler:

 

 

1) Yoon Gil-ho mempertaruhkan nyawa demi membalas dendam

73d475de ab84 43de 972b 7c32b3029418

Episod 8 Gangnam B-Side berakhir dengan adegan mendebarkan apabila Gil-ho (Ji Chang-wook) menghadang Choi Hak-gu (Kim Jong-soo) dan kumpulannya. Dalam keadaan cedera, Gil-ho tetap menunjukkan pandangan tegas yang penuh dendam.

Kedua-dua watak ini sudah lama mengenali satu sama lain kerana hubungan mereka dalam dunia perniagaan dadah, menjadikan konfrontasi ini lebih menarik. Dengan Yong-pil kini berusaha membalas dendam atas kematian Jae-hee (BIBI), dan Hak-gu pula baru sahaja menemui pengganti Jae-hee, episod akan datang dijangka sarat dengan aksi dan drama.

 

2) Mampukah Dong-woo bangkit semula?

IMG 1029

Dalam episod sebelumnya, Kang Dong-woo (Jo Woon-jin) dilihat membuat keputusan berdasarkan emosi dan kasih sayangnya sebagai seorang bapa, terutama apabila anak perempuannya, Ye-seo (Oh Ye-ju), memilih untuk terlibat dalam industri yang sama. Ye-seo kini dilihat sebagai pengganti Jae-hee, dan Dong-woo masih gagal menghentikan keadaan daripada terus meruncing.

Namun, dalam episod seterusnya, dengan bantuan Yong-pil dan mungkin juga Jang-ho (Hyun Bong-sik), Dong-woo berkemungkinan akan bangkit semula dan menunjukkan ketegasan untuk melindungi keluarganya.

 

3) Seo-jin: Satu-satunya individu yang sangat objektif dalam kes ini

Gangnam B

Dalam kalangan watak yang terikat dengan perniagaan dadah, Min Seo-jin (Ha Yoon-kyung) muncul sebagai satu-satunya individu yang melihat situasi dengan pandangan objektif. Dia telah membantu Yong-pil dan Dong-woo keluar dari pelbagai situasi sukar sebelum ini.

Dengan finale yang semakin dekat, penonton boleh menjangkakan lebih banyak detik di mana Seo-jin memainkan peranan penting, atau sekurang-kurangnya satu momen penting di mana dia menyelamatkan kedua-dua watak utama lelaki tersebut daripada kemusnahan.

 

4) Maklumat Siaran Finale

IMG 1030

Episod akhir Gangnam B-Side akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada Rabu, 27 November 2024. Kedua-dua episod terakhir akan ditayangkan pada hari yang sama, menandakan tamatnya siri penuh aksi dan drama ini. Nantikan ya!

Baca lagi: 5 Kdrama Yang Boleh Ditonton Jika Anda Menyukai Gangnam B-Side
Baca juga: “Gangnam B-Side”, Siri Jenayah Baharu Gandingan Semula Ji Chang Wook dan BIBI 6 Nov Ini