7 Perkara yang Akan Terjawab Pada Finale Island Bahagian 2, Apa Terjadi Kepada Yohan?
Bagaimana pula nasib Boo Yeom Ji dan Nenek Geum Baek Joo?
Baca lagi: Choi Won Young & June iKON bakal muncul dalam Kdrama terbaru
Kdrama Island untuk bahagian 1 telah pun selesai ditayangkan pada 13 Januari lalu. Perjuangan Won Mi Ho (Lee Da Hee), Van (Kin Nam Gil), dan Yohan (Cha Eun Woo) dalam memusnahkan iblis nafsu bakal berlanjutan pada bahagian kedua dengan jumlah enam episod pada 24 Febuari lepas.
Kini, Island Bahagian 2 akan berakhir dengan penayangan episod 5 dan 6 pada Jumaat ini iaitu 10 Mac 2023. Pada dua episod terakhir, Yohan, Won Mi Ho, dan Van akan melawan Goong Tan. Pertempuran sengit dan berdarah akan menanti penonton pada episod 5 dan 6.
Jom kita lihat apakah 7 perkara yang akan terjawab dan terungkai pada episod finale Island Bahagian 2 (2023)!
Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!
1. Kekuatan Won Mi Ho akhirnya pulih
Won Mi Ho (Lee Da Hee) sudah beberapa kali berlatih dan ingin memulihkan kemampuan Won Jeong. Sayangnya, kemampuan dan kekuatan itu belum juga pulih sepenuhnya. Dalam sedutan trailer episod finale, kelihatan Won Mi Ho dan Van (Kim Nam Gil) yang masih terdampar di dalam sebuah gua.
Ketika Van sedang pengsan dan tidak sedarkan diri , Mi Ho melihat seekor rusa yang bertanduk. Kemungkinan besar asbab melihat rusa tersebut, kekuatan Won Mi Ho pulih sepenuhnya. Atau ada maksud lain kenapa rusa itu datang?
2. Van sengaja mengurung Won Mi Ho supaya dia tidak menghilang
Nampaknya setelah kekuatan Won Mi Ho kembali, Van juga pulih. Pada sudut lain, dia mungkin merasakan kekuatan Goong Tan juga kembali sepenuhnya. Jika kekuatan Won Jeong kembali sepenuhnya, jiwa Won Mi Ho akan hilang.
Sedangkan Van tidak mahu Won Mi Ho menghilang dan digantikan oleh Won Jeong. Maka dia sengaja meletakkan kain selubung agar Won Mi Ho tidak boleh keluar. Selepas itu dia dengan segera mencari tahu tentang lokasi Goong Tan (Sung Joon).
3. Adakah Boo Yeom Ji akan dibunuh Goong Tan?
Pada akhir episod 4, Goong Tan mengamuk dan membunuh semua pengikutnya. Sampaikan Boo Yeom Ji (Heo Jung Hee) berniat untuk melarikan diri bersama seorang bayi.
Tapi pada trailer episod 5, Goong Tan kelihatan mencekik Boo Yeom Ji. Adakah pada akhirnya Boo Yeom Ji akan tewas? Atau dia berjaya melarikan diri?
4. Nenek Geum Baek Joo akan membuka perisai Tamra supaya iblis nafsu bebas
Masih di trailer episod 5, nenek Geum Baek Joo (Ko Du Shim) berada di markas Goong Tan. Dia dipaksa untuk membuka perisai di Tamra.
Nenek Geum Baek Joo yang membuat perisai Tamra. Sekarang, dia dipaksa untuk membuka perisai Tamra agar semua iblis nafsu boleh mula bangkit.
5. Yohan melawan Goong Tang kerana Won Mi Ho dan Van masih menghilang
Kehilangan Van dan Won Mi Ho menyebabkan Yohan (Cha Eun Woo) membuat keputusan untuk melawan Goong Tan sendirian. Pada sisi lain, dia juga nekad untuk membalas dendam.
Walaupun Yohan adalah seorang paderi yang kuat, dia tetap mempunyai kepayahan sewaktu melawan Goong Tan. Lebih-lebih lagi setelah kekuatan Goong Tan pulih sepenuhnya.
6. Yohan cedera, adakah dia akan meninggal?
Dalam teaser Island Part 2 (2023) terdapat satu petikan sekilas menunjukkan Yohan cedera parah. Dia juga kelihatan lemah dan terbaring di pangkuan Van.
Adakah kecederaan itu disebabkan oleh pertarungan sengit melawan Goong Tan? Van baru datang ketika Goong Tan dan Yohan sudah bertarung buat beberapa ketika.
7. Adakah Won Mi Ho menghilang?
Sebelum pergi, Van sengaja mengurung Won Mi Ho. Kemungkinan besar kerana kekuatan Won Jeong sudah kembali, dia berjaya keluar dari perangkap selubung buatan Van.
Dalam salah satu petikan trailer, kelihatan Van berkata, “Aku akan pergi ke mana pun dia berada.” Apakah Won Mi Ho menghilang setelah melawan Goong Tan? Atau dia telah diculik oleh Goong Tan?