Home News Finalis Kumpulan Manakah Yang Akan Bergelar Juara SURIA DUO X?

Finalis Kumpulan Manakah Yang Akan Bergelar Juara SURIA DUO X?

0

Selepas proses pemilihan dan perbincangan selama tiga minggu, finalis Suria Duo X akhirnya akan mempamerkan kemampuan vokal terbaik mereka bersama kumpulan artis impian mereka; #teamSyamelxSitiSarah, #teamEzadLazimxAinaAbdul dan #teamAzlanxAraJohari.

Danny Mierul, Murshid Nazri dan Shazreen Shaharum adalah tiga finalis yang akan merebut gelaran juara Suria Duo X yang akan membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Suria Duo X.

FINALE ARTIS ALL GROUP SURIADUOX ig post

Manakala tempat kedua dan tempat ketiga Suria Duo X pula akan meraih RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X.

Strim siaran langsung Finale Suria Duo X pada hari Jumaat, 9 Oktober ini, jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV. Finale Suria Duo X juga bakal menampilkan persembahan artis legenda dan baru seperti Dato Hattan, Adam E, Yonnyboii, Madam Band dan Dolla.

Anda boleh menentukan juara Suria Duo X dengan mengundi peserta dan kumpulan pilihan anda secara online menerusi laman rasmi di undi.suria.my bermula pada 5 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.

FINALE SURIADUOX ig post NO HANDLES

Buat mereka yang masih belum mengetahui dan menonton video mingguan Suria Duo X, ikuti episod Suria Duo X di suria.my/suriaduox.

Jangan ketinggalan menyaksikan kehangatan Finale Suria Duo X pada Jumaat, 9 Oktober pada jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.