Home Entertainment Fitnah Gosip Liar Yang Menyakitkan Hati Song Hye Kyo

Fitnah Gosip Liar Yang Menyakitkan Hati Song Hye Kyo

0

Apabila bergelar bintang ternama, selebriti tersohor dan artis kesayangan ramai pasti tidak akan terlepas dari gosip liar, khabar angin palsu dan fitnah yang melampau.

Begitu jugalah perkara negatif dan menyakitkan hati yang terpaksa dihadapi dan ditanggung oleh pelakon cantik jelita yang kini sedang hangat namanya di persada dunia akibat lakonannya dalam The Glory iaitu Song Hye Kyo.

1D6BF48A 4357 4179 8647 119F6E739F86Song Hye Kyo sering kali menjadi mangsa fitnah dan komen-komen penuh kebencian dari netizen. Tuduhan liar tidak berasas dan direka-reka tentang artis tersebut beredar dengan sangat cepat, sekaligus membuatkan ramai orang mempercayainya begitu sahaja tanpa usul periksa. Fitnah dan kata-kata nista ini sebenarnya membuatkan Song Hye Kyo sakit hati dan tidak selesa.

Bintang The Glory (2022—2023) ini biasanya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah secara serius atau menjelaskan perkara sebenar dengan membantah segala khabar angin secara tegas.

Baca Lagi: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession

Tindakan Song Hye Kyo ini menjadi bukti bahawa semua gosip liar atau fitnah yang bertebaran cukup mempengaruhi perasaannya. Jom kita lihat beberapa gosip liar yang pernah mencemari nama dan prestasi baik Song Hye Kyo.

1. Dituduh suka bercinta 24 jam

Song Hye Kyo mendedahkan rasa kekecewaannya terhadap pandangan orang ramai kepadanya kerana pernah menjalin hubungan cinta secara terbuka sebanyak dua kali dalam satu wawancara yang diadakan pada tahun 2011. Dia kecewa dan merasa tidak berdaya karena netizen berbicara sembarangan tentang hubungan asmaranya. Baginya dia sudah dewasa sehingga hubungan romantiknya bukanlah masalah besar kepada orang lain.

Song Hye Kyo tidak mengerti mengapa dirinya disapa gosip buruk sehingga khabar angin tidak berasas mengenai kisah percintaannya tersebar pada waktu itu. Netizen menganggapnya sebagai seorang wanita yang hanya suka bercinta tanpa memikirkan perkara-perkara lain. Tuduhan tersebut membuatnya berasa sangat kesal.

CE2BBBE2 089D 46FD A7EF FE3BE7FC619A

Pada waktu itu, Song Hye Kyo mengambil pendekatan untuk bercinta secara terbuka dengan bekas kekasihnya iaitu Hyun Bin dan Lee Byung Hun. Netizen nampaknya tidak senang apabila pelakon wanita itu tampak terlalu bahagia dan menunjuk-nunjuk kemesraan dirinya bersama teman lelaki sehingga timbul fitnah bahawa Song Hye Kyo hanya tahu bercinta sahaja 24 jam.

Namun dia Mengaku sudah melupakan perasaan kesal dan kecewanya tersebut. Dia kini hanya fokus pada kerjaya lakonan dan memiliki banyak perancangan untuk masa depannya.

2. Khabar angin mengatakan Jo In Sung pernah menolak ajakan Song Hye Kyo untuk makan bersama

Dalam sebuah wawancara pada tahun 2013, Song Hye Kyo bercerita tentang gosip hubungannya dengan Jo In Sung. Dia tahu ramai orang menyebarkan khabar angin bahawa pelakon yang turut sama berlakon dalam That Winter the Wind Blows (2013) itu menolak ajakannya untuk makan malam bersama. Dia merasakan gosip itu tidak adil untuknya.

7C51E7C0 12CD 45B4 B9EE A1F591C4871A

Apa yang membuatkan Song Hye Kyo merasa lebih teruk adalah apabila orang-orang di sekelilingnya juga turut mempercayai khabar angin tersebut. Walaupun begitu, dia berusaha untuk bersikap santai dengan buat-buat ketawa setiap kali khabar angin yang tidak masuk akal itu diceritakan kepadanya.

3. Dituduh menjual rumah yang pernah didiami bersama Song Joong Ki dengan harga yang murah

Pada tahun 2020, Song Hye Kyo dilaporkan menjual rumah yang sempat didiami dengan bekas suaminya, Song Joong Ki. Rumah yang terletak di Samseong-dong itu disebut-sebut dijual dengan harga lebih rendah. Pelakon itu dituduh dengan gosip liar tersebut kononnya kerana dia mahu rumah itu cepat dijual.

Namun agensi Song Hye Kyo menyangkal khabar angin itu. Mereka turut kesal kerana kisah privasi dan hal peribadi artisnya tersebar sebagai fitnah seteruk itu. Mereka juga menegaskan bahwa Song Hye Kyo tidak menjual rumah itu dengan terburu-buru seperti yang didakwa.

F7C2E10D EFB8 4592 8AE0 A707CD1986D7

Agensi juga memberi kenyataan tentang gosip bahawa Song Joong Ki membongkar dan menyelongkar rumah tersebut. Menurut agensi, rumah yang terletak di Yongsan-gu itu tidak pernah didiami oleh Song Hye Kyo. Kabar bahawa rumah itu pernah menjadi tempat tinggal mereka saat menjadi pengantin baru adalah tidak benar sama sekali.

4. Song Hye Kyo dituduh ditanggung oleh ahli politik

Pada tahun 2013, Song Hye Kyo mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menuduhnya ditanggung dan disara oleh ahli politik. Pelakon jelita tersebut mendakwa 24 orang netizen yang menyebarkan fitnah tentangnya didakwa.

Mereka diketahui menyebarkan desas-desus itu melalui blog antara September 2008 dan Disember 2011. Mereka menyebarkan gosip buruk bahawa Song Hye Kyo jalin hubungan dengan ahli politik untuk mendapat sokongan kewangan. Agensi pelakon ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa 24 orang netizen itu berusia 20-an dan 30-an.

Mereka adalah orang dewasa yang boleh berfikir secara logik, pihak agensi menyatakan bahawa mereka akan memastikan netizen yang dituduh tersebut tidak akan mendapat hukuman yang ringan.

5. Selalu dituduh curang dengan Park Bo Gum

Setelah khabar penceraian Song Hye Kyo dan Song Joong Ki pada tahun 2019 menggemparkan dunia industri Korea, muncul pula desas-desus yang menuduh Park Bo Gum sebagai penyebabnya. Pelakon lelaki kacak itu pernah bergandingan bersama Song Hye Kyo dalam drama siri Encounter (2018) sehingga tuduhan dia berlaku curang tersebar.

3C1CCC3D 01C4 403F 895C DE65744988BB

Park Bo Gum menyangkal sekerasnya khabar angin tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap para penyebar fitnah tersebut. Sumber yang dekat dengan Song Hye Kyo juga menyatakan bahawa gosip itu tidak benar. Selain itu UAA Korea juga meminta netizen agar berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan gosip yang berlebihan.

Semua tuduhan liar tidak berasas ini benar-benar menyakiti Song Hye Kyo secara mental dan emosi. Sudah selalu menjadi mangsa fitnah membuatkan Song Hye Kyo sudah terbiasa dan lali dengan komen jahat dan tidak benar dari netizen tentangnya.

Jika keadaan menjadi tidak terkawal dan meninggalkan kesan buruk dalam jiwanya, dia akan terus mengambil tindakan undang-undang atau sekadar memberi penjelasan untuk menyelesaikan segala kekusutan dan salah faham.

Baca Juga: 9 Artis Yang Memusuhi Song Hye Kyo