Home Kdrama/Kmovie Kdrama ‘Flower That Blooms At Night’ Tayang 12 Januari 2024

Kdrama ‘Flower That Blooms At Night’ Tayang 12 Januari 2024

0

Drama siri Korea Selatan iaitu Flower That Blooms At Night akhirnya telah mengesahkan tarikh tayangan perdana untuk Kdrama tersebut. Sebelum ini, drama yang dibintangi oleh Honey Lee, Lee Jong Won, Kim Sang Joong, dan Lee Ki Woo ini sudah dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2023 tetapi berlaku perubahan jadual tayangan secara tiba-tiba.

Pada 28 November 2023, pihak MBC turut melancarkan poster pertama untuk drama ini. Kelihatan potret hitam putih Honey Lee yang disebut sebagai gambaran sisi kontras yang akan ditunjukkannya dalam drama itu nanti.

Jom sama-sama kita lihat fakta terbaru tentang drama siri Korea terbaru Flower That Blooms At Night di bawah ini.

 

1. Sinopsis drama Flower That Blooms At Night

9f92f0a1 18d5 422e bedd 9831cbe24fbaDrama Korea Flower That Blooms At Night mengangkat suasana era dinasti Joseon. Honey Lee akan memerankan karakter Jo Yeo Hwa, wanita yang menjanda selama 15 tahun dan menjalani kehidupan ganda. Jo Yeo Hwa yang merupakan menantu dari keluarga bangsawan paling terkenal dan ternama menjalani kehidupan tenang di siang hari.

Namun pada malam hari, Jo Yeo Hwa diam-diam melompat keluar dari tembok dan keluar rumah dia akan keluar rumah untuk membantu orang yang memerlukan pertolongannya tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Dia akan bertemu dengan perwira golongan bawahan geumwiyoung yang cerdas dan mempunyai kebolehan bela diri yang sangat baik yang bernama Park Soo Ho (Lee Jong Won). Namun, hidup Park Soo Ho berubah drastik setelah bertemu dengan Jo Yeo Hwa dan terjebak dalam insiden yang tidak diduga.

 

2. Poster pertama mengenakan pakaian berkabung

9b806838 bda3 4c0c acb3 c4cfb2ed31cdWalau disebut sebagai drama yang membawa genre aksi komedi, melalui poster pertama ini, watak Jo Yeo Hwa kelihatan mengenakan pakaian berkabung dengan tatapan penuh nekad. Seluruh wajahnya juga tampak tertutup dengan bayangan hitam kecuali mata, seperti memberikan ilusi bahawa dia menyembunyikan identitinya dalam meneruskan aksi kemanusiaannya.

Dalam poster ini juga ditampilkan sebuah petikan yang bererti “Jika undang-undang negara yang ketat tidak dapat membantu rakyat yang tidak berdaya, maka saya boleh menyelamatkan mereka, bukan?”. Perkara ini menunjukkan tekadnya yang kuat, walau dia perlu berhadapan dengan orang yang dihormati selama ini.

 

3. Tayang secara perdana pada 12 Januari 2024

Flower that blooms at nightJika sebelum ini pihak penerbitan menyatakan bahawa Flower That Blooms At Night dirancangkan untuk ditayangkan tahun 2023, namun ternyata tarikh tayangan diubah kepada 12 Januari 2024.

Drama siri Korea yang mengusung genre aksi komedi dan memilih waktu tayangan yang pada waktu malam iaitu pada pukul 9:50 p.m waktu tempatan (Korea Selatan). Waktu yang sesuai untuk digunakan bagi menonton drama siri untuk menghilangkan kepenatan tambahan pula drama ini juga turut menampilkan barisan pelakon yang sudah berpengalaman dan digarap oleh pengarah yang memang terkenal.

Dipetik dari laman Soompi, drama Flower That Blooms at Night digarap oleh tiga orang pengarah iaitu Jang Tae Yoo sebagai pengarah utama dan dibantu oleh Choi Jung In dan Lee Chang Woo. Jang Tae Yoo juga dikenali sebagai pengarah drama berpengalaman dengan penghasilan pelbagai karya popular seperti Painter of the Wind (2008), My Love from the Star (2013), dan juga Lovers of the Red Sky (2021).

Tak sabar nak lihat come back Honey Lee dalam “Flower That Blooms at Night”!

Baca lagi: Umur Sebenar 10 Orang Pelakon Tell Me That You Love Me, Pasangan Utama Beza Usia 13 Tahun
Baca juga: 8 Antagonis Yang Paling Dibenci dalam Kdrama tvN 2023, Bikin Penonton Naik Darah