Sekiranya anda terjun ke dalam dunia Harry Potter, rumah sukan mana yang ada nak masuk di Hogwarts? Atau mungkin anda pernah mengidamkan penyapu terbang yang boleh ditunggang dan automatik sapu lantai sendiri.
Begitulah bagaimana siri buku dan filem francais Harry Potter membawa pembaca dan penonton berimaginasi.
Baru-baru ini @msbananaanna, seorang content creator dari Melbourne menggunakan teknologi AI untuk ‘hidupkan’ karakter-karakter cerita Harry Potter berdasarkan deskripsi asal dalam novel.
Kemudian hasil seninya itu ditularkan oleh seorang pengguna Twitter @manusiasuper.
Adakah rupa dalam watak buku sama seperti yang digambarkan dalam filem? Jom kita tengok!