Home Reality Show Fresh off The Sea, Rancangan Hiburan Korea, Penuh Kisah Lucu Artis Di...

Fresh off The Sea, Rancangan Hiburan Korea, Penuh Kisah Lucu Artis Di Kampung Nelayan

0

Rancangan variasi Korea terbaru, Fresh off The Sea, memaparkan pengembaraan artis yang tinggal di perkampungan tepi laut selama tiga hari dua malam. Mereka juga perlu bekerja untuk mendapatkan wang dan menyediakan hidangan menggunakan bahan bermusim di kawasan itu.

Diarahkan oleh PD Kim Se Hee, yang terkenal dengan karyanya di Youn’s Stay, “Fresh off the Sea” yang kini boleh ditonton di Viu, bertujuan untuk menonjolkan keindahan pantai Korea Selatan dan gelagat barisan pelakonnya.

Rancangan ini menampilkan pelakon Yum Jung Ah, Ahn Eun Jin, Park Joon Myun dan Dex dimana mereka menerokai kawasan pantai yang indah di Korea Selatan dalam pengembaraan 3 hari 2 malam. Daripada pemandangan yang indah kepada makanan tempatan yang unik, rancangan ini menjanjikan gabungan perjalanan dan budaya yang menarik.

Fresh off The Sea juga memaparkan kehidupan seharian nelayan, daripada gaya hidup nelayan sehinggalah cabaran yang dihadapi oleh nelayan. Bukan itu sahaja, penonton juga akan disajikan pemandangan dan makanan khas di sana.

Bukan itu sahaja, anda juga akan melihat gelagat artis ini menjalani pengembaraan yang menarik bersama-sama. Apa yang menarik tentang pengembaraan mereka ni? Jom lihat dibawah.

 

Fresh off the sea

1. Selama 3 malam 2 hari, para artis akan berkunjung ke beberapa perkampungan nelayan di Korea Selatan yang mempunyai pemandangan indah

IMG 7079

2. Misi utama adalah untuk merasai sendiri kehidupan penduduk setempat di perkampungan nelayan yang mereka kunjungi.

IMG 7080

3. Mereka akan melakukan pekerjaan yang memberi rezeki kepada penduduk setempat seperti menangkap ikan dan menuai kerang.

IMG 7085

4. Bukan sahaja mereka akan menangkap ikan, mereka juga akan memasak makanan bersama-sama. Mereka dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya satu hidangan yang bahan-bahannya mengikut musim ketika itu.

IMG 7081

5. Program ini akan menyajikan penonton dengan keindahan perkampungan nelayan yang menawan dan pelbagai makanan laut yang menyelerakan.

IMG 7078

6. Setiap dari mereka menunjukkan kerja berpasukan yang mengagumkan dan seronok untuk ditonton dengan pelbagai gelagat lucu.

IMG 7180

7. Salah satu tarikan Fresh Off The Sea ialah barisan selebriti Korea yang mengisi persembahan. Siapakah mereka?

Fresh of the sea

  • Yeom Jung Ah seorang pelakon senior Korea memainkan peranan sebagai ketua yang rajin dan prihatin yang sentiasa menjaga ahli yang lebih muda.
  • Seorang lagi pelakon yang menyertai Fresh Off The Sea ialah Park Joon Myun. Sebelum ini, dia juga pernah muncul dalam beberapa rancangan seperti Hot Singers, sebuah rancangan muzik yang mengikuti perjalanan sekumpulan selebriti, berkumpul untuk menubuhkan sebuah koir.
  • Ahn Eun Jin, seorang pelakon teater dan drama Beautiful Sign dengan personalitinya yang ceria turut menyertai acara ini.
  • Maknae atau ahli termuda iaitu Kim Jin Young, yang biasa dipanggil Dex. Dia adalah salah seorang peserta dalam rancangan temu janji Single’s Inferno 2 pada tahun 2022.

Dengan jumlah 10 episod, anda boleh tonton Fresh off The Sea di platform Viu sekarang ya!

Jangan lupa langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama dan rancangan variasi menghiburkan tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Shaman: Whispers from the Dead, Siri Dokumentari Korea Tentang Misteri Penyiasatan Dukun dan Hantu
Baca juga: “Serendipity’s Embrace” Kdrama Adaptasi Webtoon, Kisah Cinta Penuh Kemanisan