Home News From Saga With Love, Drama Romantik Komedi of The Year

From Saga With Love, Drama Romantik Komedi of The Year

0

Sekali-kala tukar “mood” layan drama Melayu pula. Salah satunya drama yang viral kat TikTok baru-baru ni iaitu Viu Original “From Saga with Love”. Ramai yang kata ini drama romantik komedi of the year tau! 

Siri romantik komedi ini dibintangi deretan bintang ternama, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don, dan Ikmal Amry dan berlatarbelakangkan dua negara, Malaysia dan Jepun.

From saga with love

From Saga With Love ini diproduksi oleh RedComm Productions, yang terkenal dengan filem-filem popular seperti Gol Dan Gincu, Istanbul Aku Datang!, Manisnya Cinta Di Cappadocia, dan Kami Histeria. Wah menarik ni! 

Kenapa korang tak akan bazir masa tonton From Saga With Love? 

Jalan cerita yang menarik dan ringan untuk ditonton

IMG 0127

Drama ini mengisahkan tentang Karma (Karmila Azad), seorang pempengaruh media sosial yang sanggup melakukan apa saja termasuk menipu demi peluang menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa kepada pelakon terkenal, Bianca Rozario, semasa kunjungannya ke Saga, Jepun.

Walaupun Karma sebenarnya tidak tahu berbahasa Jepun, dia harus melakukan semua pekerjaan dengan sebaiknya untuk mempertahankan kerjanya. Dalam masa yang sama, Karma juga menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca dengan juruvideonya, Bob. 

IMG 0644

Di Saga, mereka berjumpa jejaka Malaysia pendiam yang menetap di sana iaitu Sham. Sham tahu tentang rahsia Karma dan ingin membongkar penipuan Karma kepada Bianca. Tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah pelbagai masalah yang timbul, kacau bilau, adegan lucu dan babak romantik sepanjang perjalanan mereka di sana. 

Jalan cerita yang ringan dan diselitkan unsur komedi, confirm korang pun akan ketawa sepanjang menonton 10 episod drama ini. 

Pelakon yang kena dengan karakter masing-masing 

IMG 0643

Rata-rata peminat di media sosial mengatakan keempat-empat pelakon dalam drama From Saga With Love ini sesuai dengan watak yang dilakonkan oleh mereka. 

IMG 0646 scaled

Karma seorang pempengaruh yang kelam kabut di lakonkan oleh Siti Khadijah Halim. Memang dari episod pertama lagi kita dah nampak kelam kabutnya Karma ni, mcm real! 

IMG 0645 scaled

Bianca seorang artis popular yang diva dilakonkan oleh Sophia Albarakbah. Korang akan nampak sisi kelakar Sophia, berlainan dari drama-drama lakonannya sebelum ni! Cute je! 

IMG 0649

Watak juruvideo yang meminati Bianca, Bob, dimainkan oleh Fimie Don yang tak perlu disangkal lagi lakonannya. Jika dulu Fimie banyak bawak watak budak-budak, sekarang watak dewasa lebih kena dengannya. 

IMG 0647 scaled

Watak utama terakhir ialah Sham, jejaka tampan pendiam yang menetap di Saga lakonan Ikmal Amry. Ini paling min tak sangka. Ramai perempuan di media sosial yang tangkap cintan dengan lakonan Ikmal Amry dalam drama ni. Kenapa? Korang kena lah tengok sendiri!

Kesemua 10 episod From Saga With Love dah available di Viu, jadi korang dah boleh binge watch drama ini sekarang!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.


BONUS! 

Nantikan siri Viu Original, W: Two Worlds adaptasi daripada drama Korea popular dibintangi oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman dan Elizabeth Tan. 

IMG 0650

Siri ini akan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim yang juga pernah mengarah Viu Original She Was Pretty Malaysia. 

Tak sabar nak tengok Kang Cheol dan Oh Yeon Joo versi Malaysia pula! 

Baca lagi: Kmovie Viu: Hyun Bin & Lee Ji Hoon Buat Comeback, Layan 2 Kmovie Thriller & Romantik Komedi dibintangi Mereka
Baca juga: Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak di Kalangan Semua Pemain OTT di Malaysia