G-Dragon akhirnya secara rasmi telah meninggalkan YG Entertainment.
Berita tentang G-Dragon ini disiarkan secara rasmi oleh pihak agensi di laman rasmi mereka.
Jom sama-sama kita lihat kenyataan dari pihak YG Entertainment berkaitan pengunduran artis terkenal ini seperti di bawah ini. Baca artikel lengkap di bawah ya!
1. Penarikan diri G-Dragon dari YG Entertainment pernah menjadi gosip dan khabar angin
Sebelum ini, idol terkenal ini pernah dikatakan akan meninggalkan pihak agensi pada bulan Jun 2023 yang lalu. Berita hangat dan sensasi ini turut membuatkan netizen terkejut dan gempar. YG Entertainment pada waktu itu hanya memberi kenyataan bahawa kontrak artis tersebut dengan pihak agensi memang sudah berakhir, tetapi mereka belum berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selain itu, artis kesayangan ramai ini juga turut memberikan petunjuk dan pembayang tentang karier solonya.
2. G-Dragon akhirnya telah rasmi meninggalkan YG Entertainment
YG Entertainment baru-baru ini secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan berkaitan berakhirnya hubungan antara artis yang bernama Kwong Ji Yong tersebut dengan pihak agensi. Berita ini disampaikan terus melalui laman rasmi mereka.
“Kami YG Entertainment. G-Dragon sudah menjadi artis ikonik kami sejak dia melakukan debut bersama BIGBANG pada tahun 2006. Kerjasama bersama G-Dragon merupakan satu penghormatan bagi kami, apatah lagi untuk menghabiskan waktu bersamanya.
Pihak kami mengharapkan yang terbaik untuk permulaan baru bagi G-Dragon,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak YG Entertainment dipetik dari Koreaboo pada Rabu, 20 Disember 2023.
3. G-Dragon dijangka akan bergabung dengan agensi baru
Meninggalkan YG Entertainment, artis terkenal ini dijangka akan menandatangani kontrak dengan agensi terkenal iaitu Galaxy Corporation. Agensi tersebut ditubuhkan pada tahun 2019 dan pernah terlibat dalam penghasilan program ternama seperti Physical: 100 dan juga Street Woman Fighter. Namun hingga ke hari ini, belum ada keterangan dan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.
Berita perpisahan antara artis ini dan agensi lamanya ini juga menyaksikan banyak sokongan yang diterima dari orang ramai. Para peminat juga setia menantikan karya baru dari bintang idol kesayangan mereka ini. Kita tunggu sahaja khabar gembira nanti ya!