Home Entertainment G-Dragon Sengaja Beri Hint Di Instagram, Sudah Move On Dari Jennie BLACKPINK?

G-Dragon Sengaja Beri Hint Di Instagram, Sudah Move On Dari Jennie BLACKPINK?

0

Kebenaran tentang hubungan antara G-Dragon BIG BANG dan Jennie BLACK PINK yang muncul tahun lepas masih belum mendapat kepastian. Ini kerana, YG Entertainment (agensi kepada dua idola tersebut) tidak mahu memberikan sebarang respon terhadap berita tersebut.

Ramai peminat sendiri percaya bahawa G-Dragon dan Jennie berada dalam hubungan romantis. Bagaimanapun, pada bulan April kedua-duanya dikatakan telah putus cinta.

Tidak lama kemudian, Jennie terpalit dengan satu khabar angin, di mana dia sedang menjalin hubungan cinta dengan V BTS.

Terbaru, posting G-Dragon di Instagram Story di akaun peribadinya telah mendapat perhatian netizen. Di story tersebut, G-Dragon seolah-olah sedang memberi petanda bahawa dia sedang dilamun cinta dan mempunyai kekasih baru.

00437249n2 1

Dalam salah satu IG story, G-Dragon berkongsi potret langit dengan kapsyen “always about you” yang bermaksud “selalu tentangmu”.

Selain itu, idola kacak kelahiran 1988 itu juga turut berkongsi selfie baharunya dengan kapsyen yang romantis. G-Dragon meminta agar ‘si dia’ untuk sentiasa berada di sisinya.

Baca lagi: ‘Eksperisnya Seperti Orang Sedang Tertekan,” Peminat Risau Baca Kapsyen Terbaru G-Dragon Di Instagram

Baca lagi: Debabkan Mengecam Dan Menghina IU, Mahkamah Korea Jatuhkan Hukuman Ini Kepada Pesalah, Masuk Akal Atau Tidak?

00437249n1

“Awak memikirkan tentang saya, lepas tu apa? Awak nak buat apa?” kata G-Dragon dalam salah satu postingnya. “Jadilah segalanya bagiku, bukan hanya sebahagian dari hidupku” jelasnya dalam selfie seterusnya.

G-Dragon sendiri sudah beberapa kali terlibat dalam khabar angin ‘bercinta’. Bagaimanapun, khabar angin itu tidak pernah mendapat sebarang respons daripada idola tersebut dan YG Entertainment juga enggan menggulas tentang hubungan privasi artis mereka.