Didakwa beberapa keping gambar Jennie BLACKPINK, V BTS dan ahli kumpulan BLACKPINK yang lain juga disebarkan di internet.
Didalam satu gambar, kelihatan Jennie sedang bergambar dengan seseorang yang muka nya tidak nampak tetapi netizen menggangap itu ialah V BTS dan dalam satu gambar yang lain, kelihatan Jennie dan V sedang berbual di Facetime.
Tambahan pula, beberapa keping gambar ahli kumpulan BLAKCPINK yang lain iaitu Jisoo dan Lisa, begitu juga Rose dan Jennie yang dipercayai diambil ketika di New York baru-baru ini.
Gambar lain, V BTS dilihat sedang berbaring di sebelah kucing, dipercayai kucing tersebut merupakan milik Jennie.
Netizen meneka bahawa accounts iClouds milik ahli kumpulan BLACKPINK mungkin telah digodam. Peminat berharap tindakan diambil oleh YG Entertainment dan juga Big Hit Music terhadap penggodam tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca artikel terdahulu: “Nampak Serasi Bersama”,-Heechul Super Junior Digosipkan Bercinta Dengan Winter Aespa