Disney+ Hotstar mengumumkan drama Korea terbarunya berjudul Gangnam B-Side, episode pertama dan kedua dari drama tersebut akan tayang secara eksklusif di Disney+ pada 6 November 2024.
Drama ini hanya mempunyai tempoh siaran selama 8 episod dengan genre aksi, thriller, misteri dan jenayah, dimana ia akan dibintangi oleh Ji Chang Wook bersama Jo Woo Jin dan BIBI.
Drama Gangnam B-Side mengisahkan seorang detektif bernama Kang Dong-woo (Jo Woo-jin) yang telah diasingkan oleh jabatannya selama bertahun-tahun.
Gangnam B-Side adalah di bawah arahan pengarah Park Noori, tokoh di sebalik kejayaan filem Money. Sementara itu, jalan cerita siri ini ditulis oleh Jo Won Gyu, yang sebelum ini turut menyumbang sebagai penulis untuk siri Argon.
Anda nak tahu macam mana jalan ceritanya? Sebelum menonton, jom kita sama-sama baca sinopsis drama Korea Gangnam B-Side seperti dibawah ini:
Siri ini berpusat pada kehidupan seorang detektif bernama Kang Dong Woo (Jo Woo Jin) yang telah diasingkan oleh jabatannya selama bertahun-tahun. Kemudian, Dong Woo berpindah ke kawasan luar bandar yang sunyi, tetapi hidupnya berubah apabila dia terpaksa kembali ke dunia gelap daerah Gangnam, Seoul, selepas rakan anak perempuannya hilang secara misteri.
Detektif Dong Woo terpaksa melakukan segala-galanya untuk menyelamatkan wanita terakhir yang telah hilang di kawasan Gangnam. Detektif Dong Woo akan mendedahkan kebenaran yang mengancam untuk menjatuhkan beberapa elit terkaya di bandar itu.
Ji Chang Wook memainkan watak Yoon Gil Ho, seorang broker misteri dan figura tanpa undang-undang di Gangnam. Kehadirannya menarik perhatian sejak dia muncul di skrin.
Yoon Gil Ho telah bertahan bersendirian di lorong belakang yang gelap di bandar yang sibuk, memancarkan ketegangan yang menyejukkan dengan ekspresi kosong dan pandangannya yang tajam.
Selain daripada Ji Chang Wook dan Jo Woo Ji, drama ini turut menampilkan kemunculan Ha Young Kyoung, yang terkenal dengan peranannya dalam Extraordinary Attorney Woo. Dia akan memainkan watak Min Seo Jin, seorang pendakwa yang terlibat dalam menyiasat kes itu.
Penyanyi dan penulis lagu BIBI, juga dikenali dengan nama sebenarnya Kim Hyung Seo, akan memainkan watak Kim Jae Hee, seorang gadis pelarian yang menjadi pusat konflik.
Rakaman adegan yang muncul dalam treler Gangnam B-Side dibuka dengan adegan kereta api bawah tanah yang tiba di Stesen Gangnam.
Kemudian menunjukkan kehidupan malam yang berkilauan di sana. Dalam satu babak, Kim Jae Hee dilihat meninggalkan kelab berlumuran darah dan bersepah.
Manakala orang di sekelilingnya berlalu pergi. “Gangnam menjadi huru-hara kerana kamu. Semua orang mencari Jae-hee,” kata Gil Ho, di tengah-tengah ketegangan antara polis, dunia hitam dan golongan elit yang dipersembahkan dalam beberapa adegan.
Bersedialah, Gangnam B-Side akan mempersembahkan kisah penuh tipu daya dan saspens yang bakal memikat hati penonton bermula November 2024.