Secara Am-nya, ramai yang mengetahui detik hitam yang menjadi mimpi ngeri buat insan bernama Kim Seon-ho yang terpalit dengan kontroversi setelah bekas kekasih cerita hal sebenar berhubung pengguguran bayi dan batal perkahwinan antara mereka.
Oleh itu, Kim Seon-ho terpaksa mengucapkan selamat tinggal terhadap beberapa projek filem dan program yang disertainya.
Biarpun telah memohon maaf atas kesilapam yang dilakukan, nama Seon-ho terus menerus menjadi perhatian dan sebutan netizen.
Memetik satu entri yang dikongsi oleh insan bernama Azizul Azli Ahmad, beliau ada memberikan kesan kesan dan perkara perkara yang dihadapi oleh aktor tersebut dek kerana kontroversi tersebut.
Berikut merupakan kesan dan implikasi ‘Cancel Culture’ yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad:
1. Di Korea saat ini heboh dengan kisah aktor kacak dan popular Kim Seon-ho. Imej sebagai budak baik telah tercalar dengan sikap buayanya.
Walaupun telah meminta maaf, masyarakat Korea tetap memboikotnya.
2. Kesan dari Cancel Culture ini telah memberi kesan yang buruk kepada kewangan dan kerjayanyadimasa depan.
3. Dia telah di tamatkan dari menjadi host Variety Show 2 Day 1 Night, dihapuskan dari semua kontrak iklan, projek filemnya ditamatkan, fotonya dihentian bus diminta dibuka malah diminta membayar kos penalti kepada penajanya.
4. Khabarnya, denda yang dia harus bayar akibat perbuatan nakalnya sehingga merugikan panaja iklannya mencecah nilai sehingga RM17.6 juta nilainya.
5. Budaya Cancel Culture ini juga, pernah berlaku kepada Johny Depp, Seugri Bigbang, Chrissy Teigen dalam kerjaya mereka.
6. Cancel culture ini adalah hukuman kepada seseorang atas perbuatannya. Dia dipaksa keluar dari sebuah persekitaran sosial atau masyarakat yang menyanjunginya.
Mereka dipaksa keluar dari semua lingkaran sosial secara maya atau kehidupan nyata.
7. Korea Selatan antara negara yang selalu melakukan Cancel Culture ini. Tidak hanya selebriti tetapi tokoh tokoh politik, juga selalu menghadipi hukuman ini.
8. Sukar bagi mana mana public figure yang telah di cancel untuk kembali ke dunia hiburan dan masa depannya akan suram.
9. Menurut kita, adilkah budaya Cancel Culture ini untuk dilaksanakan kepada selebriti dan tokoh politik yang bawa kesan buruk pada masyarakat?
Berdasarkan diatas, anggaran jumlah yang harus dibayar oleh Kim Seon-ho agak tidak masuk akal jika difikirkan balik iaitu dalam RM17.6 juta nilainya.
Malah, terdapat peminat yang memuat naik mesej sokongan dalam laman sembang komuniti dengan kata-kata semangat.
“Disebabkan awak telah menjadi kekuatan kami selama ini, tiba masanya kami menjadi kekuatan awak.
“Kami akan sentiasa menanti kemunculan semula awak, tidak kisah bila pun.
“Tapi janji, tolong jangan putus harapan, awak adalah cahaya dan harapan kami,” tulis peminat.
Bukan itu sahaja, banyak tanda pagar dalam media sosial menjadi sohor kini bagi menunjukkan sokongan ramai di belakangnya seperti #I_support_KimSeonho dan #I_trust_,KimSeonho.
Sumber: [1]