Tindakan melampau seorang wanita di Belgrade, Serbia yang didakwa membunuh suaminya dengan memotong buah zakar menggunakan gergaji rantai (chain saw) sebelum memasaknya di dalam ketuhar mengundang padah selepas dia ditahan oleh pihak berkuasa.
Menerusi laporan Daily Star, wanita dikenali sebagai Teresa Peric, 46, didakwa sempat memberi dadah kepada suaminya, Teresa Peric, 46, sebelum bertindak menikam mangsa sehingga maut. Kejadian ngeri ini tidak berakhir di situ, apabila suspek turut memotong badan mangsa lalu merebus mayatnya di dalam sebuah kuali besar.
Difahamkan, insiden ini berlaku di rumah keluarga berkenaan di bandar Zrenjanin, Serbia kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) Selasa yang lalu. Bagaimanapun anak perempuan kepada suspek dipercayai menjadi saksi pembunuhan kejam itu dan dia (anak perempuan) merupakan anak Teresa bersama pasangannya yang terdahulu iaitu D. Lj.
Dalam pada itu, pasangan ini dipercayai telah bersama selama dua tahun dan punca insiden tersebut adalah sikap mangsa yang dikatakan malas untuk bekerja.
Berpisah, kemudian kembali
Bercerita lebih lanjut, penduduk tempatan menjelaskan pasangan ini kerap berpisah namun mereka akhirnya kembali bersama. Difahamkan, pasangan ini mengambil ubat bagi merawat masalah mental dan ada juga jiran yang mendakwa suspek turut menggunakan dadah.
Ketika polis sampai di tempat kejadian, mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah dan wanita berkenaan telah pun ditahan berikutan didakwa membunuh suaminya sendiri.
Sumber: Daily Star