Seorang lelaki mendakwa kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanya terjatuh dan bertaburan di Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Kampung Lak Lok pada jam 11 pagi.
Ibu lelaki itu iaitu Che Safiah Abdullah, berusia 63 tahun mengatakan anaknya Wan Ibrahim Wan Leh, 24 tahun terlupa yang beliau sudah meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Hona Civic sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang tersebut.
Selepas kejadian itu, Wan Ibrahim mengalami kemurungan dan hanya berkurung di bilik, memandangkan wang itu dikumpul sejak empat tahun lalu hasil pendapatan sebagai tukang gunting di bandar Jertih.
Baca lagi: Lelaki Ini Tunjuk Cara Betul Main ‘Claw Machine’, Memang Berkesan Ikut Cara Dia
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
“Duit itu sebenarnya dia nak beli kereta atas namanya sendiri kerana kereta yang digunakan sekarang milik kakaknya dan dia mahu jelaskan hutang serta upah haji arwah bapa kandung dan bapa tirinya”
Che Safiah berkata anaknya yang masih bujang itu, meletakkan beg berisi wang tersebut di atas but kereta kerana terlebih dahulu mahu membersihkan bahagian dalam kereta. Namun dia terlupa wang itu berada di situ dan terus memandu ke arah bandar.
Wan Ibrahim mula tersedar sebaik sahaja duit tersebut terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok.
(Gambar hiasan)
“Setiba di situ beberapa orang awam yang membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya, menyerahkan balik wang kepada anak saya berjumlah sekitar RM30,000, namun ada individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai mengambil wang itu”
“Anak saya kemudian pergi membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut dan kami berharap agar mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada keluarga saya”
Che Safiah mengatakan kejadian itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah preis kedai berhampiran.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang