Seorang wanita terkejut apabila menerima kek duit bernilai RM60,000 sebagai hadiah hari lahirnya. Seorang wanita yang berasal dari Indonesia terkejut apabila telah menerima hadiau berupa “kek” wang tunai berjumlah 200 Juta Rupiah (RM60,266) daripada tiga rakan karibnya.
Berdasarkan sebuah klip video yang tular di laman Tiktok yang bernama @titimelyana, wanita yang berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan itu telah mengakui bahawa beliau telah menerima hadiah tersebut ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26.
Baca lagi: Mengejutkan! Bangkai Jerung Purba Terdampar Di Persisiran Pantai
“Kebetulan, pada hari Khamis (21 April) lalu, kami berbuka puasa bersama,” kata wanita bernama Titin Sri Melyana itu.
Tambahnya, dia terkejut apabila tiga rakan baiknya itu secara tiba-tiba memberikannya sebuah ‘kek’ wang tunai yang disusun dengan duit kertas seperti menara. Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Tiada pun rakan saya yang memberikan hadiah begini,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Ingat, anda juga perlu pulangkan (hadiah) seperti itu,” kata seorang lagi netizen.
Lihat klip video di bawah:
@titimelyana Balas @ayunndarsta #moneycake #moneycakesurprise #moneycakebirthday #monekcakesultan #fyp ♬ Dj Pok Ame Ame – Hairis
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.