Home Kdrama/Kmovie Geng Ibu-Ibu Kdrama 2023 Yang Menceriakan Suasana

Geng Ibu-Ibu Kdrama 2023 Yang Menceriakan Suasana

0

Kdrama bukan hanya menceritakan tentang konflik yang dialami oleh watak-watak utama sahaja tetapi juga menampilkan cerita sampingan tentang watak-watak pembantu. Salah satu kisah yang sering ditampilkan adalah kisah ibu-ibu atau geng emak-emak yang selalunya riuh renda dan menceriakan suasana dengan telatah mereka.

Geng ibu-ibu dalam kdrama selalunya memang berjaya mengundang tawa para peminat. Cerita mereka kadang kala juga menjadi konflik tambahan dan juga sebagai scene stealer. Kadang kala penampilan mereka dinanti-nantikan oleh para peminat drama Korea.

Sepanjang tahun 2023 yang lalu, terdapat beberapa geng ibu-ibu dalam kdrama 2023 yang mencuri perhatian. Ada drama yang masih ongoing, jom sama-sama kita lihat!

 

1. Geng ibu-ibu dalam Crash Course in Romance

ad2a3868 8cba 4316 b56e bbd967fbe23cCrash Course in Romance yang mengangkat isu pendidikan di Korea Selatan beserta dengan penceritaan tentang masalahnya berjaya menyelitkan konflik sampingan. Kumpulan ibu-ibu yang memastikan anak-anak mereka bersaing sengit demi merebut kuota untuk sambung belajar di tempat berprestij.

Persaingan sengit ini membuatkan ibu-ibu setiap pelajar sangat kompetitif, bahkan ada yang sangat toksik. Mereka menggunakan segala cara untuk membantu anak mereka berjaya dengan cemerlang. Mereka selalu berkumpul di kafe atau di kedai makan untuk membahaskan masalah anak mereka. Selalu juga mereka menimbulkan masalah kepada pihak sekolah juga pusat tuisyen anak mereka.

 

2. Geng ibu-ibu Kampung Jouri dalam The Good Bad Mother

fe8bb3dd b334 4415 adb2 f933768b3427Berbeza dengan geng ibu-ibu toksik dalam Crash Course in Romance, geng ibu-ibu dalam The Good Bad Mother sangat positif. Mereka saling melindungi dan menolong antara satu sama lain. Terdapat beberapa adegan mereka berusaha dan bekerja sama untuk membina rukun tetangga yang damai. Semua orang yang tinggal di kejiranan Kampung Jouri merasa nyaman dan aman kerana dikelilingi kamum ibu yang baik. Walau tinggal di pedalaman dan diterpa batasan ekonomi, mereka berjaya hidup bahagia dalam kesepakatan dan kasih sayang.

 

3. Geng ibu-ibu penyelam Kampung Samdalri dalam Welcome to Samdalri

KdramaGeng ibu-ibu penyelam Kampung Samdalri dalam drama Welcome to Samdalri telah memeriahkan suasana kdrama ini. Mereka bekerja sama mencari nafkah dengan menyelam ke dasar laut Pulau Jeju. Selain itu, mereka memang suka bergosip. Hampir semua maklumat dan gosip yang tersebar di Samdalri berasal dari geng ibu-ibu ini. Bukan hanya itu, mereka suka berkongsi hasil menyelam dan masak memasak bersama-sama. Anak-anak mereka juga saling berkawan baik dari kecil hingga dewasa.

Tiga kumpulan geng ibu-ibu di atas berjaya meriahkan kdrama 2023 dengan berbagai-bagai telatah dan gelagat mereka. Ada yang positif dan ada juga yang negatif, ambil pengajaran perkayang baik-baik sahaja ya!

Baca lagi: 7 Siri Original Netflix Paling Berjaya Tahun 2023, Kdrama Dengan Rating Terbaik
Baca juga: 15 Kdrama 2023 Tampilkan Watak Utama Wanita Gila-Gila, Masuk Air