Home Artis Korea Go Min Si Muncul Dalam 3 Karya Menarik Tahun Ini

Go Min Si Muncul Dalam 3 Karya Menarik Tahun Ini

0

Go Min Si merupakan pelakon wanita muda yang sedang meningkat naik. Dia memulakan kerjaya lakonannya melalui drama Korea My Sassy Girl (2017). Oleh kerana bakat lakonannya yang berkembang dan konsisten, Go Min Si mula diberi kepercayaan untuk membawa watak utama.

Nama Go Min Si makin meledak selepas dia mendapat anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik dalam Blue Dragon Award. Pelakon berbakat yang dilahirkan pada tahun 1995 tersebut dibanjiri pelbagai tawaran.

Dibawah ini adalah 3 karya menarik yang melibatkan Go Min Si pada tahun 2024 ini.

 

1. Sweet Home 3

Go min si
Nama Go Min Si mula dikenali secara meluas selepas dia membintangi Sweet Home (2020). Dalam drama ini, dia membawa watak sebagai Lee Eun Yu, seorang gadis yang berani dan kuat memberontak. Dalam Sweet Home musim pertama, keserasiasn antara Lee Eun Yu dan Lee Eun Hyuk (Lee Do Hyun) sebagai adik beradik berjaya meraih perhatian penonton.

Pada musim kedua, Lee Eun Yu fokus untuk mencari abangnya yang tertinggal di dalam green house. Dalam perjalanannya mencari abangnya, Lee Eun Yu melalui banyak rintangan. Dia ternyata banyak dibantu oleh Cha Hyun Su (Song Kang).

Sweet Home musim ketiga akan menampilkan pertarungan yang lebih tegang dan mendebarkan. Bukan hanya itu, hubungan antara Lee Eun Yu dengan Cha Hyun Su dan Park Chan Yeong (Jin Young) juga perlu semakin jelas ketara. Sweet Home 3 baru sahaja ditayangkan di Netflix pada 19 Julai 2024.

 

2. Jinny’s Kitchen 2

594ac83a acf2 4181 b263 966cff7fb6ab
Jinny’s Kitchen merupakan variety show popular garapan Na Young Suk PD. Menampilkan konsep yang unik, beberapa orang selebriti menjalankan misi untuk menguruskan restoran Korea di Reykjavik, Island. Pada musim ini, Go Min Si terlibat sebagai intern menggantikan BTS V yang sedang menjalani latihan ketenteraan wajib.

Walau merupakan pendatang baru dalam dunia variety show, namun Go Min Si tidak kelihatan terlalu kaku. Dia juga cepat bergaul dengan ahli-ahli lain. Sifatnya yang ramah dan hangat membuatkan suasana dapur jauh lebih cerah.

 

3. In The Wood With No One

4b50f115 18e2 4bee b650 b16d22dfee06

In The Wood With No One merupakan siri original Netflix yang mengusung genre misteri dan thriller. Pengarah No Wan Il yang pernah meraih anugerah Pengarah terbaik untuk drama The World of The Married, akan mengarahkan projek ini. Beberapa orang pelakon yang telah disahkan akan tampil dalam siri ini ialah seperti Kim Yeon Seok, Yoon Kye Sang, Lee Jung Eun dan Go Min Si.

Go Min Si merupakan salah seorang pelakon muda yang sangat bertuah. Dia sering terlibat dalam projek-projek yang dibintangi pelakon-pelakon veteran terkenal. Dalam filem Smugglers, Go Min Si bertemu dengan nama-nama besar seperti Kim Hye Soo dan Joo In Sung. Dalam siri akan datang ini pula, dia akan bergandingan dengan Kim Yeon Seok dan Lee Jung Eun. Ini merupakan peluang keemasan yang sukar diperolehi oleh pelakon-pelakon muda yang lain.

Dalam siri original Netflix ini, Go Min Si membawa watak sebagai Yoo Sung A, seorang wanita misteri yang tiba-tiba muncul di penginapan milik Jeon Yong Ha (Kim Yeon Seok). Semua ini menjadi permulaan terkuaknya misteri yang menyelubungi rumah penginapan di tengah-tengah hutan tersebut. In The Wood With No One bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun 2024.

Go Min Si tidak pernah takut untuk mencuba watak-watak baru. Oleh sebab itu, lakonannya kian berkembang. Sudah menonton Sweet Home 3?

Baca lagi: “Good Partner” Berjaya Meraih Rating Dua Digit Untuk Episod Ke-3, Diminati Ramai
Baca juga: Kdrama Signal Musim ke-2 Bakal Memulakan Proses Penggambaran pada Akhir Tahun 2024