Hospital Psikiatri Gonjiam yang ditinggalkan di Gwangju, Gyeonggi merupakan salah satu lokasi PALING BERHANTU dan MENAKUTKAN di Korea. CNN juga telah menyenaraikan tempat ini sebagai salah satu dari 7 lokasi paling seram di dunia.
APA YANG MEMBUATKAN TEMPAT INI BEGITU MENYERAMKAN??
Pada tahun 1979, 42 pesakit di Hospital Psikiatri Gonjiam telah dibunuh oleh Pengarah hospital dan dia terus menghilang tidak ditemui hingga ke saat ini.
Disebabkan kisah misteri tentang hospital ini masih menjadi buah mulut, sekumpulan kru dari web pemburu hantu (YouTube – HORROR TIMES) telah pergi ke hospital tersebut untuk membuat “LIVE STREAMING” setelah mendengar 2 remaja yang juga membuat liputan tentang tempat itu telah menghilang secara misteri setelah cuba memasuki salah satu bilik di hospital tersebut.
Mereka memasang kamera dan memeriksa seluruh bangunan untuk memastikan kebenaran dakwaan kisah-kisah paranormal tersebut.
Mengikut sumber rasmi, Hospital Gonjiam terpaksa ditutup kerana masalah ekonomi serta masalah sistem kumbahan bangunan yang mampu mengancam keselamatan dan kesihatan penghuni yang menduduki hospital tersebut.
Pihak berkuasa juga menegaskan kepada penduduk tempatan untuk tidak menggalakkan pelancong untuk memasuki kawasan itu.
Namun tiada siapapun mengendahkan arahan itu, hampir seribu pelawat menceroboh masuk dan berkeliaran di kawasan hospital Psikiatri Gonjiam setiap tahun. Ia semakin mendapat perhatian selepas ia dikeluarkan sebagai filem ini pada tahun 2018.
Namun lain pula sumber yang diterima daripada penduduk disekitarnya. Menurut mereka, hospital ini ditutup tanpa notis pada 1996 kerana terdapat banyak insiden paranormal yang berlaku, roh-roh yang gentayangan yang penuh dengan dendam bangkit semula dan membunuh semua penghuni di hospital itu.
Satu persatu pesakit, jururawat dan doktor mati secara tiba-tiba. Kini kawasan yang menjadi “HOT SPOT”, dianggap tempat tinggal roh-roh tersebut. Sehingga kini, setiap ruangan di hospital itu masih lengkap dengan mesin-mesin serta peralatan hospital yang telah berkarat, sisa-sisa pembuangan yang cukup busuk, sampah sarap, katil dan tilam yang sangat kotor.
Difahamkan juga, para pengunjung dari seluruh dunia yang pernah memasuki hospital itu bagi mengalami pengalaman aktiviti paranormal itu sendiri memberitahu penduduk sekitar yang mereka mendengar bunyi cakaran yang cukup kuat dan menyeramkan di dinding.
Berbalik kepada filem ini, untuk 35 minit pertama ekspedisi kru pemburu hantu tadi berjalan lancar dan tiada apa yang berlaku, sehinggalah mereka mula memasuki bilik 402. Terdapat khabar angin yang bilik 402 adalah yang paling berhantu, sesiapa yang memasuki bilik itu sama ada akan mati atau kehilangan kewarasannya.
Pada mulanya, mereka cuba mencipta sendiri beberapa pengalaman dan suasana menyeramkan untuk mendapatkan lebih ramai penonton di YouTube. Tidak berapa lama kemudian insiden paranormal yang sebenar pun bermula dan para peserta serta kru-kru yang terlibat mula ketakutan.
Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah mereka akan dapat keluar dari hospital itu dengan selamat atau sebaliknya? Pastikan anda tonton filem ini bagi merasai pengalaman yang seolah-olah berlaku di depan mata anda!
Walaupun jalan cerita filem agak “dragging” dan keadaan penggambaran yang agak bergoyang-goyang memandangkan ia adalah rakaman “Found Footage” dan tiada kemunculan entiti-entiti yang menyeramkan pada babak awal filem tetapi ia tetap berbaloi untuk kita tonton hingga ke akhir filem ini!
KERANA SELEPAS 35 MINIT, BABAK-BABAK SUSPEN DAN MENCEMASKAN PASTI TURUT SAMA MENGHANTUI ANDA!
Filem ini juga tidak lari dari KONTROVERSI! Pemilik bangunan tersebut membuat tuntutan mahkamah terhadap filem ini. Dia mendakwa tayangan filem ini telah memberi kesan buruk terhadap harga jualan bangunan tersebut. Namun, pada March 2018, mahkamah Seoul tidak mengambil sebarang tindakan dan memutuskan filem itu boleh ditayangkan.
Bagi yang belum pernah layan movie ni atau hendak tonton lagi, bolehlah tonton Gonjiam: Haunted Asylum di aplikasi iQIYI.
Baca Lagi: Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton
Baca Juga: Filem Seram Indonesia Yang Wajib Ditonton