Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Good Partner Buat Emosi Penonton Turun Naik, Ini 10 Watak Suami Tak...

Good Partner Buat Emosi Penonton Turun Naik, Ini 10 Watak Suami Tak Guna yang Ditampilkan

0

Drama Korea Good Partner banyak menampilkan watak suami-suami dengan ciri-ciri yang tidak baik atau negatif yang perlu dihindari oleh para wanita supaya tidak mengalami nasib malang dalam perkahwinan.

Watak suami-suami ini mempunyai sifat dan perangai yang sangat negatif hingga membawa penderitaan kepada isteri dan anak-anak mereka.

Baca juga: “Good Partner” Ditulis oleh Peguam Perceraian Sebenar, Menggabungkan Pakatan Hebat Jang Na Ra dan Nam Ji Hyun

Jika anda menonton drama Good Partner pasti anda mengetahui dan mengingati watak-watak suami yang dayus ini, siapakah mereka?

Berikut ini adalah senarai watak-watak suami yang sangat menyakitkan hati dalam drama korea Good Partner!

 

IMG 1766

1. Kim Ji Sang (Ji Seung Hyun) telah terbukti curang, tapi dia tetap menyalahkan isterinya atas perbuatannya ini. Sanggup membuat anaknya menderita!

 

b95d2ed5 0813 4f83 af1c 5a6a48ad761d

2. Park Jong Sik (Jang Hyuk Jin) juga curang, lebih teruk lagi dia menyuruh anaknya untuk menutup rahsia kecurangannya ini di mahkamah

Baca lagi: Choi Sa Ra Mendapat Balasan Kerana Menjadi Perempuan Penyondol dalam Good Partner

 

47dd8ec5 e7c2 46e7 9291 79c433224f53

3. Han Myung Jong (Lee Yoon Gun), sanggup meninggalkan isteri dan anaknya, Han Yu Ri (Nam Ji Hyun) hanya demi perempuan simpanannya

 

 

 

Good partner

4. Park Min Seok (Han Eun Sung) curang dengan sahabat isterinya sendiri dan tanpa belas kasihan dia sanggup mengambil hak jagaan anak mereka

 

 

1bf8dd95 7dda 491a a2a2 59c08d8d2ad4

5. Suami Park Jin Sook (Kim Hak Sun) terus melakukan kekerasan dan keganasan dalam rumah tangga tetapi tidak mahu menceraikan isterinya itu

 

 

aa560af6 4c42 495b b551 c288c180a727

6. Kim Ho Seok (Ko Gun Han) yang merupakan seorang penganggur langsung tidak mahu membantu isterinya dalam menguruskan anak kembar mereka

 

 

66dcb3b9 452c 42d8 a783 3498dd86db91

7. Park Chan Seong (Bae Yoo Ram) pula tanpa hati perasaan sanggup berlaku curang semasa isterinya sedang hamil tetapi menolak untuk menceraikan isterinya tersebut

Baca juga: Rating “Black Out” Meningkat, Manakala “Good Partner” Adalah Rancangan Paling Banyak Ditonton Sepanjang Minggu

 

c990168a 12c8 4215 b23b 1288b175012d

8. Kim Young Chul (Lee Han Wi), selalu mengarah-arahkan isterinya dan melayan isterinya seperti pembantu rumah untuk melakukan perkara-perkara kecil yang boleh dilakukannya sendiri

 

f6233ea2 2e29 4f65 aba9 812d7403543b

9. Kim Hoon (Lee Si Un), sanggup meminta isterinya menjadi umpan untuk memikat lelaki lain supaya mereka boleh menipu dan memperdaya mangsa mereka dengan dakwaan mengganggu rumah tangga dan memeras ugut duit mangsa mereka

 

IMG 1764

10. Chun Hwan Seo (Kwak Si Yang) yang terus melakukan keganasan rumah tangga dan menolak menceraikan isterinya, hingga akhirnya dia membunuh wanita malang itu

Para suami yang sangat teruk dalam institusi perkahwinan dalam drama Korea Good Partner ini kebanyakannya telah melakukan kekerasan fizikal dan emosional serta tidak setia terhadap pasangan mereka. Akhirnya sikap negatif ini bukan hanya membawa luka yang mendalam bagi pasangan mereka, tapi juga penderitaan bagi anak-anak mereka. Sangat menyedihkan bukan?

Menjanjikan penonton gabungan jenaka, drama dan pertumbuhan peribadi yang menarik berlatar belakangkan dunia undang-undang. Setiap episod menjanjikan untuk merungkai lapisan tipu daya dan emosi baharu, “Good Partner” boleh ditonton pada setiap hari Jumaat dan Sabtu hanya di Viu ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Good Partner Semakin Menarik, Selepas Bercerai Jang Na Ra Perlu Hadapi 7 Konflik Menyakitkan Ini
Baca juga: No Gain No Love, Kian Menarik Perhatian, Tontonan Yang Ringan dan Menyeronokan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here